Tular di media sosial berita tentang penahanan seorang penceramah bebas selepas lelaki berusia 39 tahun itu didakwa menyebarkan video intim dirinya bersama empat orang isterinya.
Difahamkan, penceramah tersebut yang sebelum ditahan dilihat ada memberi ceramah di beberapa surau atau masjid.
Namun, menurut Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar iaiu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), tauliah penceramah itu telah lama ditarik balik, lapor Harian Metro.
Untuk makluman semua, jika seseorang penceramah itu tidak mempunyai tauliah mengajar, dia sepatutnya tidak boleh dijemput untuk memberi ceramah di masjid atau surau dan sebagainya.

Artikel Berkaitan: Seorang Penceramah Bebas Ditahan Polis, Disyaki Sebar Video Intim Bersama 4 Isteri
Artikel berkaitan: Pengadu Menangis, Dedah Ebit Lew Ajak Buat Hubungan Intim Tukar Pasangan
Lazimnya, tindakan menarik semula tauliah ini dilakukan oleh pihak berkuasa agama negeri jika penceramah itu melakukan perkara yang mencemarkan institusi agama.
Justeru, mana-mana pihak yang mahu menjemput mana-mana penceramah untuk memberi ceramah di masjid atau surau diingatkan untuk menyemak terlebih dahulu status tauliah penceramah tersebut di negeri itu.
Difahamkan, sekitar September tahun lalu, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menangkap penceramah berkenaan kerana dia telah mengajar agama tanpa tauliah.
Sumber: Harian Metro