8mayat

Seorang lelaki warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas melakukan aktiviti snorkeling di kawasan pantai Kampung Paya, Pulau Tioman, semalam.

Mangsa, Low Choon Foi, 72, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terdampar di tepi pantai oleh rakannya kira-kira jam 7.40 malam selepas mereka turun ke laut untuk aktiviti menyelam sekitar jam 6.30 petang.

Screenshot 2025 07 06 at 12.28.14 PMGambar Hiasan

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, rakan mangsa segera mendapatkan bantuan daripada pihak penginapan sebelum mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek.

Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada jam 9.20 malam”

Hasil pemeriksaan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti air seperti snorkeling dinasihatkan untuk memastikan tahap kesihatan dan kecergasan berada dalam keadaan baik sebagai langkah berjaga-jaga.

Baca: Seorang Penyelam Malaysia Maut Ketika Skuba di Acheh

Screenshot 2025 07 06 at 12.26.14 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.