Nama kanak-kanak Ainul Mardhiah tertitip dalam doa ramai rakyat Malaysia pada tahun 2019 lalu kerana ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ yang dialaminya.
Tanpa disedari, sudah tujuh tahun berlalu selepas pembedahnnya namun si cilik itu terus berada di hati rakyat Malaysia, ramai yang mengikuti perkembangannya di media sosial ibu bapanya.
Artikel berkaitan: :”Berat makin naik” – Adik Ainul Mardhiah Kini Semakin Cerdas & Ceria
Artikel berkaitan: Pakcik Petai Lega, Isteri Bakal Jalani Pembedahan Mata Percuma Bulan Depan
Terbaru, kanak-kanak perempuan itu kelihatan begitu seronok menikmati alam semula jadi ketika berkhemah bersama keluarganya.
Anak sulung Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan Nurul Erwani Zaidi itu kelihatan gembira bermain bersama adik-beradik yang lain.
Dalam laman Facebook milik bapanya, dia berkongsi bersyukur atas nikmat yang diberikan kepada anak perempuannya itu.
“Alhamdulillah, segala pujian bagi ALLAH. Ainul dan berkhemah! Dunia dia di sini,” tulisnya ringkas.
Netizen rata-rata gembira melihat perkembangan Ainul yang semakin membesar serta gembira di samping keluarganya.
Sebagai info, pada usia lapan bulan, Ainul Mardhiah bertarung nyawa selama lima jam menjalani pembedahan di London, United Kingdom (UK) bagi membuang tumor seberat 200 gram pada mulutnya.
Pembedahan diketuai Profesor David Dunaway dan Dr Juling Ong yang turut disertai Dr Amalina di Hospital Kanak-Kanak London.