Amy Search

Semalam, kecoh di media sosial apabila penyanyi popular, Shila Amzah yang mendakwa dia diserang oleh serang penyanyi lagenda ketika sesi latihan untuk sebuah persembahan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Difahamkan, Shila mengatakan dia telah diherdik oleh penyanyi berkenaan dengan kuat di hadapan orang ramai secara tiba-tiba ketika sesi latihan tersebut.

Susulan itu, ramai warganet yang mula membuat spekulasi siapakah gerangan penyanyi lagenda yang bertindak sedemikian sehingga ada yang memetik nama penyanyi, Datuk Awie.

datuk awie

Awie kemudiannya telah tampil menafikan dakwaan tersebut.

Terkini, Awie telah memuat naik sebuah kenyataan di laman Facebook di mana dia telah memohon agar penyanyi, Amy Search menceritakan perkara yang betul kepada peminat-peminat.

awie

Artikel berkaitan: Diserang Penyanyi Lagenda, Polis Sahkan Terima Laporan Shila Amzah

Artikel Berkaitan: “Merangkak la cari saya di akhirat” – Nama Dipetik Netizen, Awie Nafi ‘Serang’ Shila Amzah

Dalam kenyataan tersebut, Awie meminta Amy Search untuk menceritakan perkara yang sebenarnya kerana ramai yang telah menuduh Awie.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika kenyataan yang dimuat naik oleh Awie itu mempunyai kaitan dengan kejadian yang berlaku kepada Shila Amzah semalam.

Amy Search

Sumber: Facebook Awie Pamalo, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.