syaz ft 2025 07 22T121221.954

Baru-baru ini, tular sebuah kisah di mana seorang bekas askar Indonesia didakwa menyertai tentera Rusia tanpa kelulusan kerajaan.

Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Supratman Andi Agtas berkata Satria Arta Kumbara yang merupakan bekas askar negara itu telah melanggar undang-undang Indonesia di mana warganegara tersebut dilarang untuk berkhidmat dalam ketenteraan luar negara.

Artikel berkaitan: Duta Besar Indonesia Nafi Malaysia Buat Tuntutan Rasmi Tradisi Pacu Jalur, Mohon Rakyatnya Bijak Menilai

Artikel berkaitan: Seorang Pendaki Malaysia Dilaporkan Cedera Lepas Terjatuh Ketika Mendaki Gunung Rinjani Di Indonesia

“Undang-undang kami tidak membenarkan itu. Mana-mana warga Indonesia yang menyertai tentera asing tanpa kebenaran presiden secara automatik kehilangan kewarganegaraan mereka,” kata Supratman.

Tentera Laut Indonesia kemudian mengesahkan identiti lelaki itu. Jurucakap Tentera Laut I Made Wira Hadi berkata Sarjan Kedua Satria telah diberhentikan secara tidak hormat pada April 2023 selain dijatuhkan hukuman penjara satu tahun.

Terbaru, sebuah video Satria tular di media sosial yang memaparkan dia memberitahu bahawa dia sangat menyesal menyertai tentera Rusia dan hanya menyertai pasukan itu untuk mendapatkan wang.

Ex-Indonesian Marine who joined the Russian Army in Ukraine begs Indonesian Govt to help him terminate his contract with 🇷🇺 MoD, return to 🇮🇩, and restore his 🇮🇩 citizenship. He apologizes, saying that joining 🇷🇺 force is not worth losing his citizenship and he did it only for 💵 https://t.co/Xj09ptgE4P pic.twitter.com/xQlmJLsuTT

— JATOSINT (@Jatosint) July 21, 2025

“Saya ingin memohon maaf kerana ketidaktahuan, saya tidak tahu menandatangani kontrak ketenteraan Rusia boleh melucutkan kerakyatan saya sebagai orang Indonesia.

Saya tidak mengkhianati negara sama sekali, saya ke sini hanya untuk mencari nafkah cukup Allah sebagai saksi,” katanya.

Difahamkan, Satria dilaporkan tidak hadir tanpa cuti (AWOL) pada 13 Jun 2022. Pihak tentera bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai perjalanannya ke Rusia.

Sumber: X, Jakarta Globe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.