Ibu Didakwa Sibuk Pergi Spa, Tinggalkan Anak Dalam Kereta Selama 2 Jam Sampai Kena Sawan

3 hours ago 6

Seorang ibu berusia 20-an kini berdepan dengan tuduhan jenayah selepas mereka didakwa meninggalkan 2 orang anak kecilnya di dalam kereta ketika cuaca panas terik, hingga menyebabkan kematian anak bongsunya yang berusia 1 tahun.

Ibu muda itu didakwa atas kesalahan secara tidak sengaja dan 2 pertuduhan penderaan kanak-kanak secara sengaja selepas bayi lelaki berusia 12 bulan itu meniggal dunia dan anak sulung usia 2 tahun itu dimasukkan ke hospital.

Artikel berkaitan : Penumpang Naik Angin, Maki Pemandu Teksi Gara-gara Perlahankan Kereta Ketika Lampu Kuning

Artikel berkaitan : 6 Sekeluarga Hilang Ditemui Lemas, Kereta Tenggelam Di Sungai Korok

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada 29 Jun lalu, di Bakersfirld, California di Amerik Syarikat dna menurut rekod mahkamah dan laporan polis diperoleh, wanita yang dikenali sebagai Maya Hernandez itu dipercayai meninggalkan anak-anaknya lebih daripada 2 jam di dalam kereta untuk emnjalani prosedur suntikan kosmetik bibir dari sebuah spa.

Saat anak-anaknya ditinggalkan di dalam kereta, suhu pada ketika itu mencecah 38 darjah celsius dan berdasarkan laporan suhu dalam kenderaan boleh meninggal sehingga 61 darjah celsius.

Hernandez turut memberitahu pihak polis bahawa dia meninggalkan Toyota Corolla 2022 miliknya dalam keadaan enjin dan pendingin hawa yang masih tidur. Si ibu juga membiarkan gula-gula, biskut, susu dan telefon bimbit untuk jadi bahan tontonan.

Screenshot 2025 07 11 162020

Wanita itu mengaku pernah bertanya kepada jururawat spa jika dia boleh membawa anak-anak ke dalam, dan dia dimaklumkan bahawa anak-anaknya itu boleh menunggu di ruang menunggu. Bagaimanapun, Hernandez memilih untuk tinggalkan mereka di dalam kereta.

Hernandez menjelaskan yang dia yakin enjin keretanya itu akan terus hidup kerana dia sendiri pernah duduk lama di bahagian dalam kenderaan sama sebelum ini. Namun hasil siasatan mendapati bahawa keretanya itu akan dimatikan secara automatik sejam selepas ia tidak digerakkan.

Lebih memburukkan keadaan, Hernandez langsung tidak memeriksa keadaan anak-anaknya itu sepanjang jam 2 petang hingga 4.30 petang itu. Selepas dia kembali ke kereta, dia melihat salah seorang anaknya sudah mengalami sawan sehinggakan mulut berbuih.

Dia terus memberi bantuan pernafasan sebelum menghubungi talian kecemasan 911. Dalam pada itu, kanak-kanak yang berusia setahun itu telah dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada sekitar jam 6 petang dengan suhu padan 41.6 darjah celsius.

Sementara itu, anaknya yang lebih tua pula mengalai suhu badan mencecah 37.2 darjah celsius tapi masih boleh makan dan minum. Malah, menurut jururawat, anak pertama yang usianya 2 tahun lebih itu berupaya mengawal suhu badan kerana sudah boleh berpeluh.

Berdasarkan kenyataan polis, kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di bawah jagaan perlindungan. Hernandez bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan kini sedang ditahan dengan jaminan sebanyak RM 4.7 juta. Setakat ini, tiada peguam disenaraikan dalam rekod mahkamah untuk mewakilinya.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |