ft ibu pukul bayi

Seorang ibu berumur 25 tahun dari Indonesia histeria selepas dia dipercayai memukul bayi lelakinya yang baru berusia 2 bulan dengan balang kaca sehingga meninggal dunia. Menurut sumber, kejadian menyayat hati itu dikatakan berlaku di kediamannya yang terletak di Kota Makassar, Sulawesi Selatan kira-kira jam 8 malam pada Jumaat lalu.

Bayi malang itu sempat dikejarkan ke Hospital Ibnu Sina sebelum disahkan meninggla dunia ketika menerima rawatan kecemasan.

Artikel berkaitan : Budak 12 Tahun Ditemui Tidur Atas Pembahagi Jalan, Rupanya Ibu Dan Ayah Dipenjara Sebab Dadah Dan Bunuh Bayi

Artikel berkaitan : Pasangan Kejam! Isteri Bunuh Bayi Baru Dilahirkan, ‘Pass’ Dekat Suami Pergi Tanam Dekat Kebun….

Saksi memaklumkan bahawa wanita tersebut dilihat menangis dan menjerit seperti histeria sambil memeluk bayinya yang sudah tidak bernyawa ketika dia dibawa polis ke hospital walaupun ia dipercayai akibat perbuatannya sendiri.

Ketua Polis Balai Panakkukang, AKP Aris Satrio berkata, siasatan awal mendapati bahawa ada elemen penderaan dan pembunuhan terhadap bayi berkenaan. Namun begitu, pihaknya kini masih menjalankan siastan lanjut terhadap ibu mangsa.

Screenshot 2025 07 08 122703

“Keterangan suspek berubah-ubah. Pada awalnya, dia mengaku memukul kepala bayinya dengan balang kaca, kemudiannya memberikan kenyataan yang tidak konsisten.”

Berikutan itu, pihak polis akan mendapatkan khidmat pakar psikologi bagi menilai tahap kesihatan mental dan emosi suspek saat kejadian berlaku.

“Kami menerima maklumat awal yang menunjukkan kemungkinan wujud gangguan psikologi. Bagaimanapun, siasatan terperinci masih diteruskan.”

Jenayah bayi tersebut telah dihantar ke ke Hospital Bhayangkara untuk proses bedah siasat sementara suspek kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.

Kejadian tersebut difahamkan mula terbongkar setelah nenek kepada mangsa membuat laporan polis. Kes itu dikendalikan dengan kerjasama Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA).

Insiden tersebut telah meruntun hati masyarakat setempat kerana suspek dikatakan pernah kongsikan di media sosial yang menunjukkan kasih sayangnya terhadap anaknya sebelum kejadian.

Sumber : Harian Metro