Pelawak dan pelakon Amir Raja Lawak sekali lagi bersuara menuntut agar sebuah stesen televisyen terkenal segera membayar hutang tertunggak berjumlah RM18,000 yang didakwa masih belum dijelaskan sejak tiga tahun lalu.
Amir mendedahkan, tuntutan dibuat kerana bapanya kini berdepan dengan penyakit kanser usus dan mereka memerlukan wang segera untuk rawatan serta kos penjagaan.
“Abah saya kena kanser usus! Saya nak RM18,000 sepenuhnya tanpa diskaun, tanpa bayar ansur-ansur.
“Ini soal hidup dan mati abah saya dan ini soal usaha dan ikhtiar kami sekeluarga buat abah,” ujarnya.
Artikel berkaitan: “Mohon bezakan baik-baik” – Air Jagung Amir Raja Lawak Hampir Diboikot Gara-gara Disamakan Dengan Amerika
Artikel berkaitan: “Dah pernah report tapi…” – Bekas Pekerja Dakwa Syarikat Pengacara Terkenal Gagal Carum PERKESO?
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia tidak meminta bantuan atau sumbangan, sebaliknya hanya menuntut bayaran yang menjadi haknya.
Jelasnya, dia telah memaklumkan keadaan bapanya kepada pihak produksi sejak awal lagi ketika bapanya mula dimasukkan ke hospital, namun tidak menerima sebarang maklum balas yang positif.
Amir juga memberitahu, susulan isu ini menjadi tular, stesen televisyen berkenaan menawarkan untuk membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM3,000 namun dia menolak kerana pernah mengalami situasi yang sama sebelumm ini.
“Kenapa saya tak nak RM3,000 tu? Sebab sebelum ni mereka pernah bagi RM5,000 awal tahun lepas.
“Tapi sampai sekarang, setahun lebih, belum dapat apa-apa tambahan lagi. Jadi kenapa saya perlu terima RM3,000 sekarang? Saya nak RM18,000 penuh, sebab ini kecemasan,” katanya.
Pada akhir perkongsian, Amir memohon orang ramai untuk mendoakan supaya bapanya segera sembuh seperti sediakala.
Sumber: Facebook