ft lelaki ditahan JAIM

Seorang pempengaruh lelaki yang berpakaian seperti wanita di Melaka telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ketika sedang khusyuk membuat siaran langsung di platform media sosial TikTok di Banda Hilir, Melaka pada awal pagi Isnin.

Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, pemuda yang ebrusia 25 tahun dan masih bujang itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JAIM sekitar jam 1.30 pagi ekoran dengan aduan daripada orang ramai.

Artikel berkaitan : TikTok Shop Mall Lancar Polisi Pemulangan Percuma 30 Hari untuk Produk Berjenama Tulen

Artikel berkaitan : Johor Negeri Pertama Tubuhkan Pusat Pemulihan Akidah Untuk Golongan LGBT

Katanya, lelaki tersebut sedang memakai blaus berwarna ungu, memakai rambut bersanggul, berkasut wanita dan anting-anting ketika ditahan.

“Ketika pemeriksaan dijalankan, individu itu didapati memakai kesemua barangan tersebut. Kesemua barangan itu telah disita oleh penguat kuasa agama untuk dijadikan barang kes.”

Screenshot 2025 07 07 183859

Katanya, lelaki tersebut telahpun dibawa ke pejabat JAIM untuk dokumentasi dan siasatan lanjut. Jelasnya lagi, serbuan yang dibuat terhadap individu itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan awam yang kurang senang dengan tindakan pemuda itu.

Mereka mendakwa bahawa lelaki itu mempromosikan dan menormalisasikan budaya kumpulan LGBT di negara ini. Susulan itu, beliau mengingati umat Islam agar tidak mengamalkan gaya hidup LGBT kerana ia diharamkan dalam Islam dan menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

“Perbuatan itu juga menyalahi undang-undang yang tidak menyokong sebarang bentuk amalan LGBT di Malaysia dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 72: Lelaki berlagak seperti perempuan, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.”

Tambah beliau, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 1,000 atau dipenjara tidak melebihi 6 bulan dan kedua-duanya sekali.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.