2iran

Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan telah dihukum mati secara terbuka di bandar Bukan, barat laut Iran, menurut kenyataan rasmi badan kehakiman Iran.

Pelaksanaan hukuman itu dibuat atas permintaan keluarga mangsa serta penduduk setempat, yang menuntut keadilan ditegakkan secara terbuka kerana kes berkenaan telah mencetuskan kemarahan dan kesedihan dalam kalangan masyarakat.

Kes ini diberikan perhatian khas kerana kesannya yang mendalam terhadap emosi dan pandangan masyarakat umum,” – Naser Atabati, Ketua Hakim Wilayah.

Memetik laporan Buletin TV3, hukuman mati terhadap pesalah terbabit dijatuhkan pada Mac lalu dan dikekalkan oleh mahkamah tertinggi Iran. Ia dilaksanakan mengikut undang-undang sedia ada yang memperuntukkan hukuman gantung ke atas pesalah jenayah berat seperti pembunuhan dan rogol.

Screenshot 2025 07 13 at 12.09.12 PM

Pelaksanaan secara terbuka ini, walaupun bukan luar biasa di Iran, sering menjadi subjek kritikan kumpulan hak asasi antarabangsa yang mempersoalkan keberkesanan dan etika hukuman tersebut.

Baca: Laluan Udara Iran Dibuka Semula Untuk Penerbangan Antarabangsa

Screenshot 2025 07 13 at 12.10.14 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.