jpj tanggal papan tanda pelekat di cameron highlands

Tular di media sosial baru-baru ini, memaparkan tindakan segelintir individu menampal pelekat pada papan tanda di jalan Cameron Highlands.

Dapat dilihat papan tanda yang bertulis Sempadan Negeri Perak Darul Ridzuan telah dipenuhi dengan pelbagai jenis pelekat.

Bagaimanapun, tindakan itu telah mencetuskan rasa kurang senang orang ramai kerana perbuatan tersebut bukan sahaja menjejaskan fungsi papan tanda sebagai panduan penting kepada pengguna jalan raya, malah boleh dikategorikan sebagai vandalisme.

Artikel berkaitan: “Kalau dia nak curang, curang juga” – Wanita Tampal ‘Sticker’ Dalam Kereta Pasangan Buat Netizen Meluat

Artikel berkaitan: Kecoh Pelekat Lesen P JPJ Laku Keras Di Laman Web E-dagang China

Screenshot 2025 07 22 131236

518315168 1239514330959816 74043

JPJ tanggal papan tanda

Susulan itu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melakukan operasi menanggalkan papan tanda tersebut.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, beberapa anggota JPJ dilihat sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di papan tanda tular itu.

@tengku_778

ha.. viral lagi.. kan dah kena turunkan dah😂😂

♬ Welcome to Paradise – Green Day

Minta sediakan satu papan khas

Namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mencadangkan untuk pihak berkaitan menyediakan satu papan tanda khas untuk mereka menampal pelekat kerana bagi mereka perkara itu sebagai tanda kenangan telah menjejaki kawasan peranginan itu seperti mana yang dilakukan di luar negara.

Selain itu, ada juga yang mengatakan papan tanda yang diganti baru akan kembali dipenuhi semula dengan pelekat jika tiada apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa.

Screenshot 2025 07 22 125349 Screenshot 2025 07 22 125405 Screenshot 2025 07 22 125429

Apa pandangan korang mengenai isu ini?

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.