Baru-baru ini, bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal menjadi tumpuan umum apabila dia secara tidak sengaja memakan daging babi ketika sedang bercuti di China bersama suaminya.
Perkongsian tersebut telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, ada antara mempertikaikan tindakan Syasya yang dilabel sebagai cuai dalam memilih makanan ketika berada di luar negara.
Susulan itu, Syasya tampil memberikan respon mengenai isu ini. Jelasnya, ia adalah sebagai satu tanda peringatan buat semua.
Artikel berkaitan : Syasya Rizal Menangis Tonton MV Baru Dolla, Sepatutnya Nyanyi Berempat
Artikel berkaitan : “Ingat label halal untuk semua negara” – Syasya Rizal Kongsi Pengalaman Termakan B*bi Ketika Bercuti Di China
“Saya kongsikan video ini sebagai satu peringatan untuk diri saya sendiri. Mungkin juga untuk sesiapa di luar sana yang masih dalam proses belajar, sama seperti saya.”
Menurut Syasya, restoran bufet yang dia kunjungi itu ada label halal dan dia tidak mengambil makanan secara sembarangan di tempat yang meragukan.
“Kadang-kadang kita terlupa bahawa lain negara, lain caranya. Ini semua adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.”
Syasya turut menjelaskan bahawa semasa insiden itu berlaku, dia sedang mengunyah makanan lain dan masih belum tahu tentang status makanan yang dimaksudkan.
“Itulah sebab saya bertanya kerana saya benar-benar tidak tahu. Ini kali pertama saya berdepan dengan situasi sebegini ketika mengembara.”
Syaysa turut menegaskan yang dia langsung tiada niat atau bangga dengan perbuatan tersebut. Dalam pada itu, Syasya turut luah rasa syukur kerana mempunyai suami yang sentiasa memberi nasihat dan bimbing dirinya dengan penuh kasih sayang untuk menjalani kehidupan sebagai umat Islam.
“Islam adalah agama yang dipenuhi dengan cinta, bukan cacian. Agama yang bersifat lembut, bukan menghukum. Agama yang memeluk kita saat kita tersesat, bukan menolak kita lebih jauh dari jalan-Nya.”
Dalam pada itu, Syasya turut mengajak orang ramai untuk lebih berhikmah dalam membuat sebarang teguran dan tidak sewenang-wenangnya menjatuh hukum terhadap orang lain.
“Marilah kita sentiasa memilih untuk menegur dengan kasih sayang. Bukan dengan cercaan, bukan dengan menghukum orang lain sebagai murtad ketika mereka sedang tersungkur.”
Jelasnya lagi, tiada seorang dalam dunia ini dilahirkan sempurna, namun masih ada peluang untuk terus belajar.
Sumber : Harian Metro