Baru-baru ini, berikutan terlalu ramai yang berkunjung ke rumah Nurly Sahirah iaitu penuntut UPSI yang terkorban dalam tragedi kemalangan bas di Gerik, Perak, keluarga Nurly memutuskan untuk tidak menerima tetamu buat seketika dari 2 Julai lalu hingga 5 Julai semalam kerana ibu dan ayah Nurly mahu berehat seketika.
Terkini, keluarga Nurly telah sedia menerima semula kunjungan tetamu yang mahu ke kediaman mereka untuk menziarah dan melihat tahriri atau al-Quran tulisan tangan milik Nurly.
Namun, Harian Metro melaporkan bahawa tempoh masa untuk berkunjung dan menziarah ke rumah keluarga Allahyarham Nurly Sahirah hanya terhad daripada jam 9 pagi sehingga enam petang sahaja.
Ini kerana keluarga Nurly mahu diberi ruang pada waktu malam untuk berehat dan bersiap sedia ke masjid untuk solat Maghrib dan sebagainya.
Artikel berkaitan : Tak Halang Orang Ramai Dari Ziarah Pusara Arwah, Tapi Perlu Jaga Adab Ketika Ke Tanah Perkuburan – Bapa Nurly Sahirah
Artikel Berkaitan: “Rumah keluarganya juga ditutup kepada umum”- Keluarga Pelajar UPSI Arwah Nurly Sahirah Tidak Akan Terima Tetamu Bermula 2/7 Ini Sehingga 5/7
Manakala pada waktu pagi pula, orang ramai boleh berkunjung ke rumah mereka selepas pukul 9 sembilan pagi kerana mereka mahu mengemas rumah, siram pokok dan bersiap sedia sebelum menyambut kehadiran tetamu.
Difahamkan, sebelum ini, ada sesetengah individu yang datang berkunjung seawal selepas waktu Subuh.
Walau bagaimanapun, menurut ahli keluarga Allahyarham Nurly, tetamu yang berkunjung ke rumah mereka adalah jemputan daripada Allah SWT dan bersyukur Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk melayani para tetamu.
Sumber: Harian Metro