Pihak kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi lima skim perkhidmatan kritikal di bawah KKM dengan menetapkan waktu bekerja kepada 42 jam seminggu.

Pengecualian ini melibatkan seramai 82,637 petugas kesihatan yang merangkumi jururawat, jururawat masyarakat, Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan, Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Pengecualian tersebut dibuat setelah kerajaan mengambil maklum terhadap kebimbangan yang disuarakan petugas kesihatan berkenaan pelaksanaan syif 45 jam seminggu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebelum ini.

Artikel berkaitan: “Gaji hampir sama doktor pakar” – Jururawat Di Johor Berhijrah Ke Singapura, Gaji Lebih Lumayan
Perkara tersebut telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook rasmi mereka.
Sumber: Facebook KKM