ft shazeli kahar

Pihak polis mengesahkan bahawa mereka telah menerima satu laporan berhubung dengan kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan 3 yang terjatuh dari tingkat 3 asrama di sebuah sekolah yang terletak di Sabak Bernam, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Dato’  Shazeli Kahar dalam satu kenyataan berkata, kertas siastan telah dibuka di bawah Seksyen 3(1) Akta Kanak-kanak 2001. Katanya, siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama serta latar belakang sosial mangsa dan rakan-rakan terdekat.

Artikel berkaitan :  “Kalau betul jatuh mestilah patah riuk tapi…” – Pelajar Tingkatan 3 Kritikal, Ibu Syak Anak Dibuli Di Asrama

Artikel berkaitan : Buli Asrama ‘Rampas’ Kepercayaan Keluarga Pelajar

Terlalu awal untuk sahkan wujudnya kegiatan buli

Shazeli berkata, pihak polis kini sedang mengumpul keterangan daripada mana-mana golongan yang terlibat.

“Polis sedang mengumpul keterangan daripada saksi-saksi dan individu yang ebrkaitan, sebarang spekulasi berhubung punca kejadian termasuk dakwaan wujudnya unsur buli adalah terlalu awal untuk disahkan.”

sabak bernam sabak bernam 2

Tegasnya, pihak polus menyeru kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian yang boleh ganggu proses siasatan atau menjejaskan emosi keluarga mangsa. Sebelum ini, tualr kes seorang pelajar jatuh dari tingkat 3 asrama, ia menimbulkan rasa curiga terhadap ibu mangsa dan mendakwa bahawa mangsa mungkin dibuli.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.