syaz ft 2025 08 21T152153.772

Tular premis pergigian swasta di Pusat Perdagangan Pontian diarah tutup 30 hari selepas didapati mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik sehingga tular di media sosial.

Difahamkan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Abd Azim Shamsuddin, berkata notis penutupan diserah kepada pemilik berkenaan pada jam 8.20 pagi hari ini.

Artikel berkaitan: Tular Bendera Malaysia Dipasang Terbalik, Anthony Loke Minta Jangan Politikkan Isu

Artikel berkaitan: “Nasib baik ada CCTV” – Tular Kes Bendera Terbalik Di Melaka, ADUN Duyong Dedah Puncanya

Dalam kejadian Rabu lalu itu, pemeriksaan mendapati premis berkenaan melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan Majlis Daerah Pontian (MDP) 2019 di bawah berkaitan pengibaran bendera.

“Setiap premis yang dilesenkan di bawah UUK diwajibkan mengibar Jalur Gemilang atau bendera negeri Johor dengan cara dan kaedah betul bagi tempoh tertentu, termasuk sempena bulan kemerdekaan.

Tindakan penutupan dibuat mengikut UUK 49 (2) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua menutup mana-mana premis yang melanggar syarat lesen,” katanya.

Beliau berkata lagi, pemilik premis boleh mengemukakan rayuan bertulis dalam tempoh penutupan namun keputusan lanjut tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua MPPn.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.