Tengah plan nak bercuti tapi tak tahu lagi nak pilih vibe percutian macam mana? Apa pun jenis percutian yang korang nak sama ada nak shopping, insta worthy photos, food hunting, aktiviti mencabar dan healing, India ada semuanya!
Lagi-lagi pula AirAsia ada promosi terbaru untuk ke bandar-bandar menarik di India, ini mungkin antara salah satu trip paling mudah untuk korang plan secara spontan.
Nak tahu apa yang korang boleh buat dekat India dan apa promosi terbaru dari AirAsia? Jom baca artikel dekat bawah ni.
1. Untuk korang yang suka shopping sakan
Kalau korang jenis pergi bercuti sampai kena beli beg baru untuk isi barang, India memang syurga untuk kaki shopping macam korang!
Di Lucknow, Hazratganj Market memang boleh buat korang rambang mata. Di sana, ada banyak pilihan pakaian tradisional, wangian dan aksesori bersulam.
Bapu Bazaar di Jaipur pula terkenal dengan kain, beg gaya boho dan barang handmade yang cantik-cantik. Tempat ni memang penuh dengan warna dan sangat meriah. Confirm puas hati!
Kalau korang nak rasai pengalaman membeli belah yang lebih moden dan tersusun, korang boleh singgah ke Khan Market di New Delhi. Dekat sana, ada butik, kedai buku dan kafe estetik, semua dalam satu kawasan.
2. Bergambar di tempat insta-worthy
India bukan je kaya dengan budaya dan sejarah, tapi juga penuh dengan lokasi yang memang cantik untuk bergambar. Kalau korang jenis yang suka ambil gambar estetik, tiga lokasi ni memang wajib masuk dalam itinerari.
Pertama sekali, Hawa Mahal di Jaipur. Bangunan lima tingkat berwarna merah jambu ni terkenal dengan ratusan tingkap kecil yang dibina khas untuk pengiring istana zaman dulu. Waktu paling cantik untuk bergambar kat sini biasanya waktu pagi sebab cahaya matahari memang buat warna tempat ni lebih terang dan soft.
Tak jauh dari situ, ada City Palace, juga di Jaipur. Tempat ni bukan sekadar istana biasa tau, dalam dia penuh dengan seni bina halus, warna pastel, pintu berukir dan ruang terbuka yang luas. Memang insta-worthy!
Qutub Minar di New Delhi pula, bagi suasana yang berbeza. Ia merupakan menara batu tinggi bersejarah yang dikelilingi runtuhan purba dan taman yang terjaga. Strukturnya yang tinggi menjulang dan penuh ukiran halus memang ikonik habis!
3. Food hunting
Tak dinafikan, makanan boleh jadi highlight utama untuk percutian dan India memang tempat paling sesuai. Mana tidaknya, negara ini bukan je ada makanan-makanan tradisional dan asli tapi juga turut ada kafe-kafe estetik dengan dekorasi dan pemandangan yang memukau tau!
Di New Delhi, korang boleh singgah ke Big Chill Café yang mempunyai dekorasi retro dan menu yang penuh dengan pasta berkrim, kek dan comfort food yang memang memuaskan. Sesuai sangat untuk jadi tempat korang lepak santai lepas penat berjalan.
Di Jaipur pula, korang boleh pergi ke Tattoo Café, sebuah kafe atas bumbung berlatarkan bangunan ikonik Hawa Mahal. Dekat sini, korang boleh minum dan rehat sambil menikmati pemandangan yang ‘mahal’!
Kalau korang ke Trivandrum, jangan lupa untuk singgah ke Edam Art Café yang merupakan gabungan kafe, galeri seni dan sudut buku. Chill habis!
4. Aktiviti lasak dan mencabar
Kalau korang jenis tak reti nak duduk diam dan tak layan trip healing, dekat India banyak aktiviti menarik yang korang boleh cuba tau.
Antaranya, kalau di Jaipur, korang boleh mulakan pagi dengan menaiki belon udara panas sambil tengok pemandangan matahari terbit, perkampungan tempatan dan landskap yang menakjubkan. Bila dah petang pula, korang boleh join sunset jeep tour keliling kawasan berbukit sambil layan angin sejuk dan pemandangan indah.
Kalau nak cuba surfing, korang boleh ke Kovalam Beach di Trivandrum. Sesuai untuk beginner sebab ada banyak kelas surfing tempatan yang boleh ajar korang step-by-step untuk buat aktiviti lasak ni. Dekat sana juga turut ada aktiviti air lain seperti kayak, paddling, parasailing dan banyak lagi!
Nak hiking? Korang boleh pergi ke Vayalada Viewpoint di Kozhikode. Laluan dia tak lah susah sangat dan view di memang cantik!
Tapi kalau korang nak aktiviti yang betul-betul mencabar, korang boleh cuba trekking ke kawasan pergunungan Tiruvannamalai di Tamil Nadu. Trek ni memang sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.
5. Trip healing dan reset
Kadang-kadang kita tak perlukan itinerari yang padat bila bercuti. Kita hanya perlukan ruang untuk bernafas dan reset balik. Untuk ni, India merupakan salah satu tempat paling best dalam dunia untuk korang pergi.
Di Trivandrum, Kerala, korang boleh pergi ke Zuri Kumarakom Resort yang merupakan sebuah penginapan menghadap tasik Vembanad iaitu tasik air tawar terbesar di India. Kawasan sekelilingnya dipenuhi dengan pokok kelapa, udara bersih dan bunyi alam yang menenangkan.
Salah satu aktiviti yang jadi highlight dekat sini adalah sesi yoga pagi tepi tasik. Dengan suasana sunyi, angin sejuk dan pemandangan matahari terbit, pengalaman yoga dekat sini memang satu kenangan yang tak boleh dilupakan!
Kalau nak cari ketenangan yang lebih, di Kozhikode pula korang boleh singgah ke The Raviz Kadavu Spa yang terkenal dengan rawatan ayurveda tradisional yang diamalkan sejak ribuan tahun. Memang confirm badan rasa ringan lepas ni.
Selain tu, ada juga aktiviti ringan seperti berjalan di taman botani, naik houseboat menyusuri backwaters di Alleppey atau lepak dekat pantai di Varkala untuk lihat matahari terbenam.
Kerala memang salah satu tempat terbaik untuk korang relax, reconnect dan recharge selepas penat dengan kesibukan kerja dan kehidupan
Pilih vibe yang korang nak dan jom ke India dengan AirAsia
Tak kisahlah korang nak trip yang tenang, aktif, atau sekadar nak cari port cantik untuk ambil gambar, India memang ada semuanya!
Sekarang, AirAsia tawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke 13 destinasi menarik di India dengan tambang sehala termasuk semua dari serendah RM359 sahaja*.
Antara bandar yang korang boleh terokai termasuklah Kochi, New Delhi, Jaipur, Trivandrum, Tiruchirappalli, Lucknow, Kozhikode, Amritsar, Kolkata, Chennai, Bengaluru, Hyderabad dan Ahmedabad.
Nak lebih selesa ke New Delhi? Book je Premium Flatbed dari RM1,029**.
Perlu ruang bagasi lebih? Pre-book bagasi 20KG serendah RM56*** melalui aplikasi AirAsia MOVE App.
*Termasuk caj servis penumpang, caj servis kawal selia, surcaj bahan api dan caj-caj lain. Sah untuk penerbangan terpilih sahaja.
**Untuk penerbangan ke New Delhi sahaja.
***Sah hanya untuk pembelian semasa tempahan penerbangan awal melalui AirAsia MOVE, bergantung kepada ketersediaan. Tertakluk T&S.
📅 Tempoh tempahan: Sekarang hingga 13 Julai 2025
📅 Tempoh penerbangan: 21 Julai – 31 Oktober 2025
Pilih bandar, pilih gaya travel, dan mula plan trip yang paling kena dengan korang. Sama ada nak healing, cari inspirasi, makan sedap atau cuba pengalaman baru, India dah ready untuk sambut korang.
Tempah sekarang melalui aplikasi AirAsia MOVE App atau klik di sini.