Umum mengetahui lagu nyanyian artis terkenal Malaysia, Ning Baizura yang berjudul, Awan Yang Terpilu.
Lagu yang dilancarkan pada tahun 2004 itu memenangi banyak anugerah termasuklah lagu terbaik bagi Anugerah Industri Muzik ke-12 (2005).
Pun begitu, baru-baru ini Ning Baizura dalam satu rancangan audio siar mndedahkan cerita di sebalik lagu hit itu.
Artikel berkaitan: Ning Baizura, Reshmonu Antara 14 Peserta Gegar Vaganza Musim Terbaru!
Artikel berkaitan: Viral Isu Majlis Selawat Tapi Terselit Lagu Dua Lipa & Bollywood, Ustaz Firdaus Buat Permohonan Maaf
Menurutnya, lagu itu ditulis oleh Allahyarham Rosli Khamis yang lebih dikenali sebagai Loloq, Ning Baizura berkongsi Loloq hanya memerlukan 4 minit untuk menulis lirik lagu tersebut dan tiada sebarang perubahan dilakukan.
@musicbliss_malaysiaBiar betul Allahyarham Loloq tulis lagu “Awan Terpilu” dalam masa 4 minit? Ning Baizura kongsikan kisah di sebalik proses penulisan lagu ikonik ini. Saksikan episod penuh di YouTube Channel Music Bliss! Link di Bio #musicbliss #themusicshopthatexcites #musicnotespodcast #podcast #muzikmalaysia #ningbaizura
♬ original sound – Music Bliss Music Store MY – Music Bliss Music Store MY
Ning Baizura berkongsi lagu itu mrngisahkan cerita peribadinya sendiri, di mana bapanya tidak pernah menonton persembahannya sehingga akhir hayatnya.
“Bila saya tengok video klip lagu itu, orang yang buat storyline macam tahu tahu je cerita aku. Satu scene dalam tu saya sujud kat kaki dia (ayah) saya nak keluar dari rumah.
Saya sujud kat kaki dia nak keluar rumah, dia tak restu,” kongsi Ning.
Sebagai info bapa kepada Ning Baizura meninggal pada tahun 2017, akibat sakit tua.
Sumber: TikTok