Seorang pemuda didakwa melakukan sesuatu yang kejam di mana dia membunuh anak kekasihnya yang baru berusia setahun tujuh bulan.
Pembantu kedai pancing itu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah, atas pertuduhan tersebut dua minggu lalu.
Menurut laporan Harian Metro, Muhammad Isyraf Hifhzan Abdullah, 20, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.
Artikel berkaitan: Perselisihan Faham Dipercayai Jadi Punca Suspek Kel*r Bekas Kekasih
Artikel berkaitan: Ibu Histeria Lepas P*kul Bayi 2 Bulan Dengan Balang Kaca
Difahamkan, mahkamah bagaimanapun tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Isyraf Hifhzan didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian penama, perempuan Bunga Eleena Iman Rozaien, berusia setahun tujuh bulan, di tingkat tiga sebuah kedai di Bandar Satelit Pulau Sebang, dekat sini, pada 6 Julai lalu, kira-kira jam 9 malam.
Suspek didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi satu tempoh minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.
Sebelum ini, terdapat laporan bayi perempuan berusia 19 bulan maut dipercayai didera oleh ibu kandung dan teman lelakinya di sebuah premis kedai di Bandar Satelit Pulau Sebang di sini.
Pasangan itu membawa bayi mereka yang tidak sedarkan diri untuk rawatan di Hospital Tampin sebelum doktor mendapati terdapat kesan kecederaan dalaman dan luaran pada tubuh mangsa yang kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Sumber: Harian Metro