syaz ft 2025 07 04T162332.180

Seorang lelaki berusia 27 tahun cedera parah di kepala selepas terjatuh ke landasan LRT Laluan Kelana Jaya di stesen Subang Alam di Seksyen 27 pagi tadi.

Menurut Malay Mail,penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada 8.07 pagi dan mengerahkan sepasukan lapan anggota dari balai Shah Alam.

Artikel berkaitan: Tiada Unsur Jenayah Dalam Kes Lelaki Taiwan Maut Dig*lis LRT – Polis

Artikel berkaitan: “Shaking gila” –  Penumpang Menjerit, Terkejut Dengar Dentuman Beberapa Kali Di Stesen LRT Abdullah Hukum

“Satu pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Shah Alam terdiri daripada lapan anggota, bersama sebuah jentera bomba dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS), dihantar ke tempat kejadian dan tiba sembilan minit kemudian.

Komander operasi berkata orang awam telah menarik lelaki itu dari landasan sebelum penyelamat tiba,” katanya.

Beliau berkata, mangsa diberi rawatan awal di tempat kejadian oleh unit EMRS sementara menunggu petugas perubatan Kementerian Kesihatan tiba.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan berasingan berkata, kejadian itu melibatkan seorang penumpang yang telah menceroboh landasan di stesen itu.

Disebabkan anggota kecemasan menjalankan operasi menyelamat, ia membawa kepada gangguan sementara di Laluan Kelana Jaya namun servis itu kembali beroperasi sekitar jam 10.22 pagi.

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.