Satu pasangan yang tiada ikatan yang sah dicekup selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah sewa di Kluang, Johor dalam operasi cegah maksiat, semalam.
Menurut laporan, serbuan dilakukan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira jam 11.45 malam selepas menerima aduan orang awam.
Dalam satu kenyataan, JAINJ memaklumkan anggota penguat kuasa memeriksa rumah terbabit yang didiami wanita berusia 28 tahun bersama seorang lelaki berusia 30 tahun.
Artikel berkaitan: Bapa & Anak Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Khalwat & Zina Bersama Pasangan Masing-masing
Artikel berkaitan: Ruhainies & Aliff Aziz Mengaku Bersalah Tuduhan Khalwat, Didenda RM 3,000 Setiap Seorang
Menurut JAINJ, wanita berkenaan sudah bersuami dan belum mempunyai cahaya mata, namun tidak tinggal sebumbung dengan suaminya itu yang dikatakan berasal dari Mersing.
“Siasatan awal mendapati wanita itu mengenali kekasihnya yang berusia 30 tahun ketika sama-sama bekerja di sebuah kedai makan di Kluang.”
Katanya, perkenalan pasangan kekasih itu bermula apabila lelaki terbabit meminati sambal nasi lemak dimasak wanita berkenaan sehinggalah mereka jatuh cinta.
“Mereka kemudian sepakat menyewa rumah sejak dua bulan lalu dan tinggal seperti suami isteri,” katanya.
Pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Berita Harian