Syaz Ft 2026 06 25T170427.194

Anak kepada pasangan selebriti popular, Marissa Dania Hakim sekali lagi mencuri perhatian netizen di media sosial. Bagaimanapun, kali ini perkongsian video santai mengenai rutin harian kerjayanya menerima pujian ramai selepas dia disahkan kembali memegang status solo.

Menerusi sebuah video pendek berdurasi 30 saat yang dimuat naik semula di platform TikTok, Marissa berkongsi detik harian (vlog) sebagai seorang usahawan digital yang sibuk menguruskan jenama pakaian miliknya, MRS.

Artikel berkaitan: Tidak Ulas Panjang, Ini Yang Abby Abadi Ucapkan Selepas Marissa & Aslam Sah Bercerai

Artikel berkaitan: Hanya Geleng Kepala Ketika Ditanya, Marissa Dania Menangis Selepas Keluar Mahkamah?

@marissadaniahakim_

My monday routine

♬ original sound – Marissa Dania – Marissa Dania

Perkongsian video santai tersebut hadir sejurus selepas kemelut rumah tangganya berakhir apabila Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan ikatan perkahwinan antara Marissa dan Ahmad Aslam kini telah sah bercerai.

Meskipun baru sahaja melalui fasa perpisahan yang menjadi bualan hangat satu Malaysia, tindakan Marissa yang memilih untuk terus kekal positif dan aktif menguruskan perniagaan mendapat reaksi luar biasa daripada masyarakat.

Netizen Mula Beri Sokongan & Respon Positif

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa senang melihat perkembangan positif Marissa yang kini lebih fokus kepada bidang perniagaan dan aktiviti harian yang produktif untuk membina semula kehidupannya.

Ramai yang menyifatkan langkah yang diambilnya untuk move on sebagai satu tindakan yang matang dan memberikan inspirasi kepada golongan muda yang berdepan ujian hidup.

Cats 23

Sehingga kini, video vlog santai tersebut terus mendapat tumpuan tinggi dan dihujani dengan kata-kata semangat daripada para peminat yang mendoakan agar perniagaan yang diusahakan oleh Marissa terus berkembang maju.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.