Kemesraan antara usahawan popular Datuk Seri Vida dan penyanyi serta cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob rupanya bukanlah sekadar content.
Vida mendedahkan dia dan Fazley kini dalam fasa mengenali dengan lebih rapat. Perkara ini dimaklumkan selepas Fazley dikatakan memanggil Vida dengan panggilan sayang dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Ditanya mengenai panggilan sayang itu, menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 55, Fazley mungkin tersasul namun beliau tidak berselindung bahawa kedua-dua mereka dalam fasa mengenali hati budi.
“Sebenarnya, perkara itu terjadi secara spontan sewaktu kami bersiaran langsung (di TikTok). Ia berlaku tanpa dirancang, tetapi kalau tiada perasaan, takkan menjadi seperti itu juga.
“Perasaan itu maksud saya, untuk mengenali dan mendekati. Begitulah lebih kurang, mungkin panggilan ‘sayang’ itu untuk masa akan datang kot?
“Mula-mula memang tersasul, tetapi sekarang ini biarlah apa orang nak cakap. Kalau cuba berlakon atau berselindung, orang kata nampak dibuat-buat pula. Apa sahaja yang datang dari hati, biarkan saja,” katanya.
@datoserividaofficialMain pick up line @Fazley Yaakob #masukberandamuu #dsv #didavida #dsvgelak
♬ pickup line Sepahtu – Abg_Nazz_Officials
Artikel berkaitan: “Untuk kemaafan, belum ada” – DSV Kecewa, Kongsi Keperitan Fizikal & Emosi Lepas Lalui Proses ‘Freeze’ Telur
Artikel berkaitan: “Kereta idaman” – Cik B Tak Sangka, DSV Hadiahkan Lamborghini Urus RM1.6 Juta Sempena ‘Birthday’
Vida bagaimanapun mengesahkan bahawa kemesraan mereka bukan untuk dijadikan kandungan media sosial semata-mata dan mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mendoakan.
“Setakat ini, ia bukanlah sekadar content. Saya sangat berterima kasih kepada netizen yang ikhlas mendoakan kami.
“Kalau ikutkan, dulu ada juga yang berkata ‘Menyampahlah, dah tua’ dan sebagainya, tetapi sekarng mereka tahu benda itu bukan dibuat-buat,” katanya.
Sumber: Berita Harian

11 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















