MYFutureJobs Jadi Tumpuan Utama Di Bengkel OIC

6 hours ago 6

MYFutureJobs, platform padanan kerja tempatan negara baru-baru ini mendapat pengiktirafan sebagai model perkhidmatan pekerjaan digital oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) selepas berjaya melonjak kadar penempatan pekerjaan dengan ketara menerusi data masa nyata, analitik pasaran buruh dan padanan kerjaya menggunakan Kecerdasan Buatan (AI).

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong menyifatkan MYFutureJobs sebagai pemacu utama strategi pekerjaan Malaysia di bawah seliaan kementerian.

Tambahnya lagi, pendaftaran 111,459 pencari kerja, 633,000 kekosongan jawatan diiklankan dan seramai 74,000 orang berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan sejak Januari hingga Mei tahun ini dan kecerdasan buatan platform ini membuatkannya lebih responsif kepada pencari kerja dan majikan, sekali gus meningkatkan kecekapan dan juga jangkauannya.

DSC05772

Selain itu, MYFutureJobs bukan sekadar portal, sebaliknya merupakan medium nasional untuk merapatkan jurang kemahiran, membolehkan mobiliti kerjaya dan memastikan tenaga kerja kita kalis masa depan, katanya dalam ucaptama Bengkel OIC dalam Memperkasa Pencari Kerja : Amalan Terbaik Platform Digital baru-baru ini.

Platform ini menjadi tumpuan utama Bengkel OIC, anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Latihan Statistik, Ekonomi dan Sosial bagi Negara-Negara Islam (SESRIC) serta Agensi Pekerjaan Awam Azebaijan (APEA) di bawah Rangkaian Perkhidmatan Pekerjaan Awam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC PESNET).

Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengerusi Lembaga PERKESO, Dato’ Sri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, bersama sama delegasi dari seluruh rantau OIC.

DSC05917

Bengkel yang berlangsung selama dua hari di Hotel Royale Chulan tersebut membawa peneraju perkhidmatan pekerjaan awam dari negara anggota OIC untuk meneroka inovasi digital dalam penyelesaian pasaran buruh.

Penganjuran bengkel ini berlangsung di tengah kemelut yang menyaksikan banyak negara OIC bergelut dengan pengagguran belia, ketidakpadanan kemahiran dan penyertaan tenaga kerja wanita yang rendah selain inflasi global dan rangkaian dasar perlindungan ekonomi.

Perbincangan utama semasa bengkel juga terarah kepada bimbingan kerjaya dipacu AI, evolusi teknologi portal kerja dan membanteras penipuan pekerjaan dalam talian melalui strategi bersama kerajaan dan sektor swasta.

Tema ini selaras Pelan Kerja OIC PESNET 2024-2026 yang bertujuan membina pasaran buruh yang berdaya tahan dan futuristik melalui transformasi digital dan perkongsian pengetahuan dalam kalangan negara anggota.

DSC07278

Mengulas lebih lanjut, Steven Sim berkata MYFutureJobs memainkan peranan penting dalam mengenal pasti jenis pekerjaan merudum dan baharu menggunakan ciri utama analitik data raya dalam platform berkenaan.

Selain itu, penemuan ini mencerminkan perubahan ketara dalam landskap pekerjaan global, di mana peranan tradisional seperti kemasukan data, tugas-tugas kerani dan pekerjaan di barisan pemasangan semakin dilupuskan secara berperingkat rentetan automasi.

Dalam masa yang sama, pertumbuhan pekerjaan baharu semakin pesat dalam bidang seperti AI, analisis data, keselamatan siber, teknologi siber dan juga penjagaan kesihatan.

Perkhidmatan dan inisiatif termasuk alat untuk membina kecekapan dan Kemahiran
seperti Career Bridge dan Program Penerokaan Kerjaya (CEP), semuanya direka untuk
meningkatkan pemahaman terhadap pasaran buruh.

DSC07425

Tambahnya lagi, PERKESO bergiat aktif dalam menyokong pekerja melalui peralihan ini dengan menggunakan platform MYFutureJobs untuk menyampaikan latihan semula yang bersasar dan panduan kerjaya yang sejajar persediaan sektor masa hadapan.

Steven juga memaklumkan, usaha tersebut berjaya menyumbang ke arah penyusutan kadar pengangguran kepada 3.1 peratus buat kali pertama.

Menjadi cerminan kepimpinan MYFutureJobs di peringkat serantau, PERKESO turut memeterai
kerjasama dengan Agensi Pekerjaan Negeri (SEA) Azerbaijan dan Agensi Pekerjaan Türkiye
(İŞKUR) dalam program tersebut. Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani ini
bertujuan memperkukuh perkongsian ilmu, menggalakkan kerjasama teknikal serta meletakkan
MYFutureJobs sebagai model inovasi padanan pekerjaan digital.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |