Samsung baru je umumkan dua model terbaru masa acara Galaxy Unpacked 2025 dan dua-dua phone ni terus jadi bualan ramai! Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 bukan je tampil dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan tapi juga turut dilengkapi dengan teknologi AI yang lebih canggih, kamera yang gempak dan bateri yang tahan lebih lama.
Kalau korang nak cari alasan untuk upgrade telefon tahun ni, jom tengok 5 sebab kenapa Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 patut ada dalam wishlist korang sekarang!
1. Galaxy AI yang lebih pintar dan boleh guna terus dari skrin depan
Kedua-dua model datang dengan Galaxy AI yang lebih canggih, tapi cara penggunaannya sedikit berbeza.
Untuk Galaxy Z Flip7, AI boleh digunakan terus dari FlexWindow yang lebih besar. Korang boleh tanya soalan macam “cuaca esok macam mana” atau “nak gerak pukul berapa ke airport?”, dan jawapan akan terus muncul dekat skrin depan. Korang tak payah buka telefon pun. AI juga boleh bantu rancang perjalanan dan susun jadual harian korang.
Galaxy Z Fold7 pula bawa fungsi AI ke tahap yang lagi pro. Korang boleh guna Circle to Search, Generative Edit dan Suggest Erase untuk padam objek atau orang dalam gambar dengan satu sentuhan. Semuanya lancar dan cepat sebab Galaxy Z Fold7 dikuasakan cip yang memang dibuat khas untuk prestasi AI.
2. Skrin lebih besar dan terang, senang nak tengok drama atau buat kerja
Kalau korang suka skrin besar, Galaxy Z Fold7 memang win. Dengan skrin utama bersaiz 8.0 inci, korang boleh buka tiga aplikasi serentak, sunting video, atau tengok Netflix dengan puas hati. Ia juga ada Vision Booster, jadi skrin tetap terang walaupun korang tengah duduk bawah matahari.
Manakala untuk Galaxy Z Flip7 pula, walaupun nampak kecil tapi model terbaru ini menampilkan skrin depan (FlexWindow) yang lebih besar iaitu 4.1 inci, jadi korang boleh baca mesej, main lagu, tengok jadual dan ambil gambar terus tanpa perlu buka telefon. Ia juga turut menggunakan Vision Booster untuk paparan lebih jelas dalam keadaan cerah.
3. Kamera terbaik untuk selfie, ambil gambar waktu malam dan content creator
Galaxy Z Fold7 dilengkapi kamera utama 200MP, yang merupakan kamera paling tinggi dalam sejarah Galaxy Z. Gambar nampak tajam, terang dan penuh warna walaupun pada waktu malam. Video pun mantap dengan fungsi Night Video dan 10-bit HDR.
Galaxy Z Flip7 pula sesuai sangat untuk korang yang suka ambil gambar selfie atau rakam moment spontan. Ia ada kamera 50MP wide-angle + 12MP ultra-wide, dan korang boleh ambil gambar terus dari skrin depan. Tak perlu tripod pun sebab boleh guna fungsi FlexCam di mana korang boleh letak je atas meja, lipat sikit dan snap! Ada juga Zoom Slider dan Dual Preview, jadi kawan korang pun boleh nampak gambar sebelum korang ambil.
4. Reka bentuk nipis, ringan dan tahan lasak
Galaxy Z Fold7 kini hanya 8.9mm tebal dan seberat 215g, manakala Galaxy Z Flip7 pula hanya seberat 188g iaitu yang paling ringan setakat ini. Dua-dua senang dibawa, muat poket dan tak rasa berat bila digunakan sepanjang hari.
Samsung juga guna Armor Aluminum frame dan perlindungan kaca Gorilla Glass Victus 2 untuk Galaxy Z Flip7 serta Ceramic Glass 2 untuk Galaxy Z Fold7. Hinge pun direka semula untuk lebih smooth dan tahan lama.
Paling menarik, Galaxy Z Fold7 menyokong casing NFC khas. Bila korang pasang casing tu, telefon akan automatik tukar tema, wallpaper dan animasi ikut design casing, tak perlu setup manual pun. Simple je tapi nampak eksklusif!
5. Bateri tahan lebih lama dan Galaxy Z Flip7 sekarang boleh digunakan macam komputer
Galaxy Z Flip7 datang dengan bateri 4,300mAh, paling besar dalam sejarah siri Flip. Korang boleh layan video sehingga 31 jam tanpa cas. Yang paling menarik, Flip7 kini menyokong Samsung DeX, jadi korang boleh sambung ke monitor dan guna macam komputer. Memang sesuai untuk kerja luar pejabat.
Galaxy Z Fold7 pula ada bateri 4,400mAh, sedikit lebih besar dan sesuai untuk korang yang multitasking sepanjang hari. Ia juga menyokong pengecasan pantas dan wireless charging, jadi tak perlu tunggu lama nak penuh semula.
Dua gaya berbeza tapi sangat berbaloi untuk dimiliki
Kalau korang nak skrin besar, kamera ultra-pro dan pengalaman macam tablet, Galaxy Z Fold7 memang jawapan dia. Tapi kalau korang suka telefon yang lebih kecil, praktikal, dan bergaya dengan fungsi selfie power, Galaxy Z Flip7 lebih sesuai.
Kedua-dua model ni bukan je cantik luaran, tapi turut hadir dengan fungsi pintar, ketahanan tinggi dan prestasi yang memang power. Dari AI ke kamera, bateri hinggalah reka bentuk — Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 memang antara telefon paling lengkap tahun ni.
Jadi tunggu apa lagi? Pre-order kedua-dua model ini telah pun dibuka sehingga 31 Julai 2025. Sekarang adalah masa terbaik untuk jadi orang terawal memiliki telefon canggih dari Samsung ni.
Korang boleh klik dekat sini untuk pre-order dan tengok sendiri semua tawaran eksklusif dari Samsung.