dharma harun kurus

Keadaan fizikal pelakon popular era 80-an, Dharma Harun Al-Rashid dilaporkan merosot selepas anak lelakinya berkongsi foto terkini bapanya.

Dalam perkongsian Muhammad Al Syafiq di Instagram Storynya, pelakon filem Adik Manja itu kelihatan semakin kurus.

Pun begitu, Syafiq terus kekal positif dengan ujian yang dihadapi dan berazam menamatkan pelajaran dengan keputusan cemerlang untuk mengubah nasib keluarganya.

Artikel berkaitan: Anak Dharma Harun Nafi Tak Nak Bantu Keluarga, Mahu Habis Belajar Dulu

“Ayah saya semakin kurus, tapi inilah dugaan kami dengan macam-macam masalah nak hadapi.

“Tapi tak apa, setiap masalah ujian saya untuk berjaya dan terus berusaha agar dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran agar suatu hari nanti dapat kerja yang proper.

“Sokongan ramai dan doa orang yang buat kami masih boleh bernafas dalam ruang udara yang sempit.

“Nak bersedih pun buat apa, ikutkan kecil saja dugaan ini, ramai lagi susah diluar sana. Kena bersyukur dan tabah. #Allahada,” tulisnya.

514271154 1666924234086587 1125100158699788954 n

Memetik sumber Harian Metro, Dharma yang kini berusia 69 tahun turut memaklumkan, beratnya kini hanya 45 kilogram (kg) dan dia juga sedang menghidap asma, bengkak bahagian jantung dan paru-paru serta tiroid.

Sekitar Jun tahun lalu, kisah Dharma dan keluarga menjadi tumpuan apabila dia dikatakan mengalami kesukaran membayar tunggakan bayaran sewa rumah yang mencecah RM7,000.

Ia susulan dirinya kini tiada pendapatan tetap dan tidak banyak menerima tawaran kerja disebabkan masalah kesihatan.

Dharma kini tinggal bersama Syafiq, 36, dan anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.