Satu video kini sedang tular apabila ada pelancong dari Thailand berdepan dnegan pengalaman buruk ketika berada di Kuala Lumpur.
Dalam video tersebut, pelancong itu dikatakan kena ‘umpan’ dnegan beberapa individu yang ingin menawarkan perkhidmatan rakam gambar mereka namun akan dicaskan mengikut jumlah kepala.
Artikel berkaitan : Pengurus Analisis Rugi RM300,000 Terpedaya Love Scam Warga Amerika Syarikat
Artikel berkaitan : Keluarga Mangsa Nahas UPSI Diuji Apabila Scammer Ubah Butiran Bank Ke Akaun Peribadi
Menurut sumber WORLD OF BUZZ, wanita tersebutmengatakan bahawa pada mulanya dia dan rakan-rakan ingin mengambil foto sendiri namun tidak mendapat hasil yang memuaskan kerana pencahayaan yang tak cukup. Oleh itu ada seorang juruforo mendekati mereka untuk memberikan perkhidmatan ambil gambar dan menjelaskan dicaj denagn harga RM20 untuk setiap kepala.
“Saya tanya kalau dia ada ambil video sekali tak, tapi dia abaikan saya dan teruskan shoot, mungkin dia nak guna gambar-gambar kami untuk content dia.”
Tak lama selepas itu, seorang lagi jurufoto muncul di mana ia membuatkan wanita ini mula rasa curiga apabila individu tersebut meminta dirinya untuk semak balik harga degan jurufoto yang sedia ada.
“Sebelum shoot bermula, saya ada tanya lagi sekali sama ada RM20 untuk setiap orang atau kami berdua untuk pengesahan. Apabila kami sampai ke lokasi nak ambil gambar, dia sahkan yang harga RM 20 untuk setiap orang, tetapi waktu itu sesi dah pun bermula.”
Lepas habis semua pergambaran, lelaki tersebut dilihat mengira jumlah keseluruhan dan amat memeranjatkan bahawa dia dikenakan caj sehingga RM800 hanya untuk gambar-gambar biasa sahaja.
Kata wanita itu, jurufoto itu tiba-tiba ‘pusing cerita’ caj RM 20 untuk setiap foto.
“Dia keluarkan kalkulator dan mula darabkan dengan RM20 mengikut jumlah foto. jumlahnya sampai 6,000 baht. Dia beritahu saya yang saya kena ambil semua gambar ini dan bayar jumlah tersebut. Dia tak benarkan saya pilih gambar-gambar tertentu.”
Katanya lagi, apabila dia enggan membayarnya, jurufoto itu memarahinya kerana dah bazirkan masa dia.
“Kalau awak datang ke Malaysia, pastikan bawa lampu sendiri kalau nak ambil gambar.”
Perkongsian itu telah membuatkan ramai rakyat Malaysia kesal dan malu dengan tindakan jurufoto tersebut dan memohon agar pihak polis ambil tindakan.
Harap pihak berkuasa dapat bendung kegiatan ini.
Sumber : Instagram, WORLD OF BUZZ