Seorang pemain tenis di India dilaporkan telah maut dipercayai akibat ditembak oleh bapanya sendiri.
Menurut laporan ESPN, kematian pemain tenis tersebut yang dikenali sebagai Radhika Yadav itu adalah disebabkan kecederaan daripada peluru.
Pemain tenis yang berusia 25 tahun itu telah bekerja di sebuah akademi tenis sebagai jurulatih.
Difahamkan, bapa Radhika kecewa kerana anak perempuannya itu tetap enggan berhenti daripada kerjayanya sebagai seorang jurulatih tenis meskipun telah diminta untuk berbuat demikian berulang kali oleh bapanya.
Ini kerana bapanya dilaporkan terkesan kerana dia sering diejek oleh penduduk sekitar yang mengatakan lelaki itu banyak bergantung hidup dengan pendapatan anak perempuannya dan rumah yang didiami oleh mereka adalah hasil daripada kerjaya Radhika.
Artikel berkaitan : Kanak-kanak Orang Asli Ditemui Maut Di Kawasan Paya Dipercayai Dibunuh, Dirogol
Artikel berkaitan: Tragis! Remaja Indonesia Dibun*h Ketika Meniaga, Impian Nak Sambung Belajar & Bantu Keluarga Hancur
Oleh itu, dia telah beberapa kali meminta Radhika untuk berhenti menjadi jurulatih di akademi itu namun permintaan lelaki itu ditolak olehnya.
Menurut pihak polis, pendapatan bapa Radhika datang daripada sewa beberapa bangunan yang dimilikinya.
Namun, difahamkan, bapa Radhika telah mengakui dia menembak anaknya tiga kali dari belakang kerana mangsa enggan berhenti menjadi jurulatih akademi tenis meskipun telah diminta untuk berbuat demikian oleh suspek.
Sumber: ESPN