syaz ft 2025 07 07T124320.790

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dirempuh lalu terbabas dan terbalik oleh sebuah kereta Proton Satria.

Difahamkan, Proton Satria itu dipandu lelaki berusia 19 tahun dan dipercayai dipandu laju, hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di laluan bertentangan.

Artikel berkaitan: Mungkin Terperangkap Dalam Feri Karam, 29 Mangsa Kemalangan Feri Di Bali Masih Belum Ditemukan

Artikel berkaitan: Lagi Kes Melibatkan Bas Persiaran, Kali Ini 2 M*ut & 16 Cedera Dalam Satu Kemalangan Dengan 2 Lori

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian jam 2.55 pagi itu, lelaki berkenaan memandu dari Senawang menuju ke Ampangan sebelum hilang kawalan dan melanggar sebuah tiang lampu serta pokok selepas cuba mengelak sebuah kenderaan yang brek mengejut di hadapannya.

“Kereta Proton Satria kemudian memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Perodua Axia yang dinaiki lima penumpang termasuk pemandunya.

Akibat kemalangan itu, pemandu Proton Satria mengalami kecederaan ringan, manakala seorang penumpang Perodua Axia parah dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Penumpang lain mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.

Menurutnya, pemandu Proton Satria yang juga pemilik kenderaan itu hadir membuat laporan polis dan telah ditahan reman selama tiga hari bermula Ahad, selepas mendapat perintah reman daripada Mahkamah Majistret Seremban, Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.