Sejak semalam beberapa video yang memperlihatkan pengantin lelaki bersanding dengan 2 pengantin wanita secara serentak telah mendapat perhatian netizen di TikTok.
Difahamkan majlis sanding buat ketiga-tiga mempelai itu dijalankan di Sabah dengan ketibaan mereka disambut meriah bersertakan usikan daripada para tetamu.
Artikel berkaitan: Gara-gara Katerer Lesap ‘Last Minit’ Pengantin Rugi RM11,000 Sampai Ibu Terpaksa Gadai Gelang Emas
Artikel berkaitan: Baju Pengantin Ditemui Dalam Kenderaan Yang Terjunam Ke Dalam Gaung
Pengantin lelaki berumur 20-an
@kak.inda21Pengantin 1llaki 2 prempuan apa pun slamat pengantin baru Cousin
♬ bunyi asal – kak inda – kak inda
Menurut pemilik video, pengantin lelaki itu dikatakan berumur dalam lingkungan 20-an dan jika diperhatikan ramai yang mengatakan rupa kedua-dua pengantin wanita seakan-akan serupa tetapi pemilik video menegaskan bahawa mereka bukanlah adik-beradik dan tiada sebarang ikatan kekeluargaan di antara mereka.
Difahamkan majlis pernikahan mereka bertiga juga turut dijalankan secara serentak. Bagaimanapun, cara mereka bertemu jodoh itu belum ada yang mendedahkannya.
@lennahamzahsemoga kekal bahagiaa ☺️ #fyppppppppppppppppppppppp #wedding
♬ bunyi asal – Lenna Hamzah – Lenna Hamzah
Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata mengharapkan agar pengantin lelaki dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik.

Dalam agama Islam tak salah untuk lelaki berkahwin lebih daripada seorang namun jarang dilihat perkahwinan poligami ini diadakan serentak dengan pasangan poligami bersanding sekali di atas pelamin.
Sumber: TikTok

14 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















