Pengasas eHati Tampil Tepis Dakwaan Tular Di Media Sosial, Dalam Proses Ambil Tindakan Undang-undang

11 hours ago 7

Susulan semakin hangat diperkatakan mengenai program motivasi rumah tangga yang didakwa tidak bermoral dan menyimpang daripada ajaran Islam, pengasas bersama eHati, Diyana Tahir dan Rahim Shukor tampil mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan isu tersebut.

Dalam kenyataan itu, pengasas mengatakan dakwaan yang berlegar di media sosial bersifat fitnah dan telah menjejaskan reputasi, kredibiliti serta operasi sah program berkenaan.

Menurutnya, fitnah terbabit turut mencemarkan nama baik keluarga yang memberi kesan secara emosi dan mental mendalam akibat maklumat tidak berasas sekali gus menjejaskan kehidupan peribadi.

Artikel berkaitan: “Ada yang end up cerai” – Bekas Pekerja & Suami Bekas Peserta Kongsi ‘Modus Operandi’ e-Hati

Artikel berkaitan: Lepas Minum Air Piya Terus Rasa ‘Emotional’? Hati-hati, Mungkin Terkandung Bahan Halusinogen!

Tegasnya, program yang ditawarkan bertujuan membantu wanita mendapatkan kebahagiaan, mencari ketenangan dan memulihkan trauma melalui pendekatan Neuro-Linguistic Programming (NLP).

Menurut mereka, modul dibangunkan untuk membimbing peserta adalah melalui teknik pengurusan emosi yang berkesan.

Screenshot 2025 07 15 125004

“Objektif kami tetap sama iaitu untuk membantu wanita mencapai ketenangan, menyayangi diri sendiri dan seterusnya memulihkan hubungan suami isteri yang goyah agar institusi kekeluargaan kembali utuh,” katanya.

Nafi ada unsur menyimpang akidah

Selain itu, mereka juga menafikan program tersebut mempunyai unsur untuk menggugat akidah Islam. Malah, turut mengingatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak berkuasa lain untuk menyelidik fakta di media sosial sebelum menghukumnya.

Mereka menegaskan bahawa aktiviti yang didakwa sebagai ritual ketika di Bali itu sebenarnya merupakan sesi breathwork, manakala dekorasi bunga adalah disediakan oleh pihak hotel dan bukan sebahagian daripada program atau ritual tertentu.

Tegaskan air ‘Piya’ tiada bahan terlarang

Dalam kenyataan sama, mereka turut menjelaskan minuman ‘Piya’ yang diberikan kepada peserta program hanyalah campuran koko asli, madu dan rempah semula jadi yang dirumus khas untuk membantu menenangkan fikiran.

“Minuman ini langsung tidak mempunyai bahan terlarang atau cendawan ajaib seperti didakwa,” katanya.

3202101

Dalam proses ambil tindakan undang-undang

Ekoran itu, mereka menyatakan kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap syarikat berkenaan.

Pasangan ini turut memaklumkan bahawa mereka telah membuat laporan polis pada 12 Julai lalu, selain kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Sementara itu, polis akan memanggil semua peserta yang hadir dalam program terbabit termasuk pengasas untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata tindakan berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 122 Kanun Acara Jenayah dan siasatan dibuat selepas pihaknya membuka kertas inkuiri.

Sumber: Facebook, Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |