ft pemandu teksi

Seperti yang kita sedia maklum, lampu kuning menandakan bahawa pemandu perlu memperlahankan kenderaan sebagai tanda bersedia untuk berhenti. Namun begitu ada yang memilih untuk melajukan kenderaan lagi untuk melepasi sesuatu kawasan itu kerana enggan membuang masa.

Tetapi sebagai pemandu berhemah, perlu ikut peraturan yang disediakan, namun buat penumpang dari Hong Kong ini dia memilih kaedah melajukan tetapi pemandunya memilih untuk memperlahankan kenderaan.

Artikel berkaitan : Wanita Bengang Lepas Terlibat Kemalangan, ‘Naik Tangan’ Dekat Pakcik Teksi Hingga Kopiah Tercampak

Artikel berkaitan : Lagi Kes Melibatkan Bas Persiaran, Kali Ini 2 M*ut & 16 Cedera Dalam Satu Kemalangan Dengan 2 Lori

Disebabkan enggan menurutkan permintaan, penumpang lelaki ini memaki hamun pemandu teksi tersebut, perkara itu tular menerusi satu rakaman dashcam dari Facebook yang memperlihatkan lelaki itu menggesa pemandu untuk melajukan kenderaan memandangkan lampu isyarat dah bertukar warna kuning.

Namun, disebabkan pemandu teksi tidak menurutkan permintaan penumpang demi langkah keselamatan, penumpang itu memaki hamun pemandu dengan kata-kata kesat.

“F*ck you, awak boleh je laju lagi masa lampu tengah kuning, tapi awak bagi tahu saya tak cukup masa?”

Screenshot 2025 07 07 123244

Penumpang itu tetap dengan pendiriannya dengan alasan lampu masih belum lagi merah dan melabelkan pemantu tersebut biadap.

“Kenapa masih nak menjawab? Kalau rasa susah sangat, bagi tahu je lah.”

Screenshot 2025 07 07 123303

Walaupun pemandu telah memberikan penjelasan dan mengatakan bahawa penumpang tak patut marah kerana isu kecil, penumpang itu tetap memaki hamun pemandu itu dan menuduh pemandu itu tidak turuti permintaan pelanggan.

Malah, penumpang itu juga dilihat tidak menerima sebarang alasan kukuh yang diberikan oleh pemandu itu. Berdasarkan sumber, penumpang itu difahamkan terus memarahi penumpang.

Sumber : Facebook, WORLD OF BUZZ