ft dikelar bekas bf

Masalah perselisihan faham menjadi punca seorang wanita dikelar oleh bekas teman lelakinya dalam kejadian yang berlaku di sebuah universiti swasta di Subang Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai rasa tak puas hati dengan bekas teman wanitanya itu.

Artikel berkaitan : Pemilik Kedai Telefon Bimbit Berdepan Detik Cemas Leher Nyaris Dikelar Wanita Myanmar

Artikel berkaitan : Penuntut Universiti Swasta Cedera Dikel*r Oleh Bekas Teman Lelaki

“Suspek dipercayai marah kerana mendakwa bekas teman wanitanya telah menipu dengan mengatakan bahawa suspek menghalangnya daripada keluar dari rumah.”

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca-punca lain yang mungkin berkaitan dengan kejadian ini.”

Jelas beliau lagi, suspek kini telah direman selama 4 hariu untuk siasatan lanjut.

“Jumlah saksi bagi siasatan kes ini masih dalam tindakan pegawai penyiasat. Mangsa kini sedang menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).”

Sebelum ini, sumber melaporkan bahawa seorang penuntut dari universiti swasta cedera parah selepas wanita itu dikelar pada bahagian leher oleh bekas teman lelakinya di kampus berkenaan.

Mangsa yang juga merupakan seorang penuntut warga asing yang berusia 20 tahun itu dikelar menggunakan pisau oleh penuntut di universiti yang sama.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.