selamat hari lahir anna jobling ucapan ibu

Selamat Hari Lahir Anna Jobling! 

Pelakon drama Setia Itu Mahal, Anna Jobling hari ini menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25 dan selain daripada menerima ucapan hari lahir daripada peminat, Anna juga menerima ucapan daripada ibunya, Ariz Arop.

Meskipun kini dilanda kemelut, ibu Anna dilihat masih membuat hantaran di Instagram mengucapkan selamat hari lahir buat anaknya yang lahir pada tanggal 14 Ogos itu.

Menerusi hantaran tersebut, dipaparkan gambar Anna ketika waktu kecil bersama Ariz yang memeluk erat anaknya dari belakang.

Artikel berkaitan: “To be honest aunty tak tau” – Ibu Nafi Anna Jobling Sebarkan Video Haneesya Di Kelab

Artikel berkaitan: “Dah melawan, panggil aku kau” – Ibu Anna Jobling Dakwa Hubungan Renggang Berpunca Campur Tangan Pihak Ketiga

“Dah puas cuba rosakkan karier anak?” – Netizen 

Walau bagaimanapun, hantaran ucapan berkenaan telah dicemarkan dengan komen-komen negatif daripada netizen yang dilihat mengecam Ariz sebagai ibu yang narsisis dan telah merosakkan karier anaknya sendiri dengan pendedahan yang dibuat tempoh hari.

nariss

Namun begitu, ada juga di kalangan netizen yang meminta warganet yang lain untuk tidak terlalu beremosi atau bertindak seperti lebih sudu dari kuah berkenaan isu ini.

support 1 down

Dalam isu ini, netizen sebagai orang luar doakanlah semoga hubungan ibu dan anak ini berbaik semula. Macam mana teruk pun pergaduhan ini, mereka masih ada pertalian ibu dan anak. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.