ft polis buru rider halang laluan bas

Polis kini sedang giat mengesan sekumpulan penunggang basikal untuk membantu siasatan selepas tular satu insiden pertengkaran dengan pamandu bas kerana didakwa menghalang laluan kenderaan tersebut di Kilometer 23, Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur menghala ke Sungai Buloh.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin, siasatan awal mendapati mereka menunggang secara berkumpulan di lorong kiri jalan sehingga dipercayai menghalang pergerakan bas berkenaan.

Artikel berkaitan : “Sebab saya tidak lagi berbasikal. Penunggang tetap salah.”-  Ryzal Ibrahim Ulas Video Geng Basikal Bertengkar Dengan Pemandu Bas

Artikel berkaitan : Terlanggar Palang Had Ketinggian, 7 Individu Termasuk Pemandu Bas Cedera Ringan

“Kes ini disiasat di bawah Peraturan 42(3) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana menunggang basikal secara bersaing. Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.”

Screenshot 2025 07 08 134402

Katanya keadian tersebut dipecayai berlaku pada hari Ahad lalu kira-kira jam 9.35 pagi. Disebabkan itu, tegasnya, usaha mengesan kumpulan terbabit sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Azaharudin turut menadihatkan semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan ditetapkan dan hormat hak dan keselamatan pengguna lain. Tambah beliau, mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat mengenai insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor i talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sebelum ini, individu dikatakan salah seorang penunggang basial ada tampil menghubungi penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice menceritakan situasi yang berlaku. Kata inidvidu tersebut, pemandu bas membunyikan hon dan lalu melepasi mereka yang araknya hanya beberapa inci sahaja.

Malah, dakwanya, pemandu bas tersebut juga cuba untuk menendang salah seorang penunggang selepas turun daripada kenderaannya. Boleh baca cerita penuh di sini.

Screenshot 2025 07 08 130308 Screenshot 2025 07 08 130335

Terdahulu, insiden itu dirakam dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Facebook yang memaparkan pertelingkahan antara pemandu bas dan kumpulan penunggang basikal terbabit.

Sumber : Instagram, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.