Ibu kepada Nurul Hidayah Razman Efendi yang maut bersama suaminya dalam kemalangan di Sungai Korok iaitu Roswati Zainol mengatakan bahawa anaknya sempat menghubunginya kira-kira jam 5 pagi Sabtu lalu.
Katanya, anaknya itu memberitahu bahawa dia sudah siap masak semua barang untuk berniaga roti canai dan hanya tunggu dia balik ke rumah sebelum timbulnya rasa tak sedap hati setelah cuba hubungi beberapa kali kira-kira jam 6 pagi.
Artikel berkaitan : 3 Kes Kemalangan M*ut Yang Pernah Berlaku Di Sungai Korok Sebelum Ini
Artikel berkaitan : 6 Sekeluarga Hilang Ditemui Lemas, Kereta Tenggelam Di Sungai Korok
“Anak (Nurul Hidayah Khadijah) sempat menghubungi saya kira-kira jam 5 pagi Sabtu lalu dan saya beritahu sudah siap masak semua barang untuk berniaga roti canai dan hanya tunggu dia balik ke rumah.”
“Kira-kira jam 6 pagi saya call tak dapat, cuba hubungi beberapa kali sehingga jam 7 pagi, tetapi tak dapat menyebabkan saya tak sedap hati dan minta suami simpan semua barang untuk mencari mereka.”
Tambah Roswati, dia terus hubungi adik perempuan menantunya iaitu Nur Adliah Syuhada untuk bertanyakan sama ada keluarga itu bermalam di rumahnya di Taman Seri Aman, tetapi dimaklumkan sudah pulang lebih awal.
Dia meminta Nur Adliah berpecah untuk mencari mereka di sekitar kawasan Jitra dan dia pula mencari kawasan Jerlun iaitu laluan mereka pulang, tetapi langsung tidak nampak bayang kereta.
Jelasnya lagi, Nurul Hidayah baru sahaja membuka gerai roti canai baharu di kawasan Tanah Merah, Pendang sejak sebulan lalu selepas perniagaannya di Alor Setar kurang sambutan.
“Naluri saya mengatakan memang mereka jatuh sungai, tetapi saya kuatkan diri dengan mengetepikan apa yang negatif ketika itu.”
“Kemudian Nur Adliah minta kebenaran untuk buat hebahan di media sosial berkaitan kehilangan enam beranak itu dan saya kata padanya, buatlah apa yang patut.”
“Macam-macam bermain di fikiran, depa (mereka) merajuk dengan sayakah sampai tak balik meniaga? Kat mana hangpa, macam mana ni tetapi saya cuba bersangka baik.”
Menurutnya lagi, dia ada cuba hubungi arwah anaknya apda malam Sabtu lalu selepas pulang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Jalan Gunung, tetapi gagal.
Mereka mengesyaki bahawa ada sesuatu berlaku kepada mereka dan Nur Adilah sebelum membuat laporan polis selepas buntu mencari mereka.
“Saya buat solat hajat, baca Yasin supaya dipermudahkan urusan pencarian mereka dan saya nak tidur pun tak boleh.
“Dalam hati, Ya Allah kalau mereka tak ada pun, saya redalah tetapi saya minta jumpa sebab teringat cucu yang kecil tu baru enam bulan.”
Roswati berkata, dia dimaklumkan oleh orang ramai tentang penemuan kereta dalam terusan di Sungai Korok, dia terus pergi dan ternampak sikit bahagian bumbung kereta yang tenggelam di situ.
Menurutnya, sebaik pihak bomba menarik kereta Proton Iswara ke tepi, bapanya pergi tengok dan memang betul nombor pendaftaran kereta mereka apabila ditunjukkan anggota bomba. Katanya cucunya, Puteri Qisya orang yang kuat tetapi dirinya tidak kerana terlalu sedih.
Sumber : Harian Metro