Restoran dari Thailand yang terkenal dengan pekerja lelaki ‘sado’ sebagai pelayan difahamkan bakal meluaskan cawangannya ke Malaysia. Ia sekaligus telah mengundang rasa kurang senang netizen kerana dianggap tidak sesuai dijalankan di negara ini.
Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan yang turut terpanggil dengan pengumuman pembukaan itu mempungai rasa yang sama dan menunjukkan bermacam-macam komen yang menentang pelancaran restoran yang dikenali sebagai restoran ‘Thai Hot Guys’ itu.
Artikel berkaitan : “Steady lah ustaz favourite korang” – Pakai Kopiah Tapi Minta ‘Gift’ Di TikTok, Caprice Sindir Ebit Lew?
Artikel berkaitan : Posting Caprice Berkenaan Artis Terkenal Terlibat Kes Amang Seksual Tarik Perhatian Netizen, Ramai Mula Berteka-teki
Dalam perkongsian tersebut, Caprice menunjukkan satu profil terkenal dengan perkongsian tempat makan di Malaysia yang membuat hantaran tentang pengumuman itu bersertakan komen-komen netizen yang menentang ‘kedatangan’ mereka. Ambil cakna terhadap gesaan Caprice, pemilik akaun tersebut yang juga pempengaruh terkenal iaitu Pinn Yang telah memadamkan perkongsian itu.
Menurut Caprice, bukan sahaja umat Islam, kaum yang datang daripada pelbagai agama di negara ini juga tidak bersetuju dengan pembukaan restoran tersebut.
Memetik laporan hype.my, pemilik restoran tersebut ada memberikan penjelasan, bagi yang tidak tahu, restoran tersebut terkenal dengan pelayan yang tergolong daripada lelaki berbadan sasa dan berpakaian dalam menghidangkan makanan, ada juga yang menari ketika menyampaikan tempahan makanan pelanggan.
Susulan itu, pemilik restoran menegaskan perluasan cawangannya itu tidak akan mempunyai sebarang adegan-adegan seperti mana yang tular dan menjanjikan tidak ada sebarang kontroversi tercetus.