ft anwar jumpa su amerika

Isu tarif 25% yang bakal dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia menjadi topik hangat sehari dua ini selepas pengumuman rasmi perkara tersebut oleh Presiden, Donald Trump baru-baru ini.

Pun begitu, dalam perkembangan baharu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim mengesahkan rundingan mengenai isu ini masih berjalan dan ia sebenarnya belum muktamad dan beliau dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio esok (10 Julai) untuk membincangkan isu itu lebih lanjut.

f7fe9930 7968 41c6 aada 070f40bfeb28 ezgif.com avif to png converter

Terdahulu, isu tarif ini menjadi perbualan hangat dan laporan FMT baru-baru ini juga mengatakan Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Selasa memaklumkan, Kabinet dijangka akan membincangkan mengenai tarif import 25 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia tersebut.

1994c6e880ac4fef 9b6f531da89f6227

Namun, Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada keputusan drastik akan diambil tanpa perbincangan lanjut dan menyatakan rundingan bersama pentadbiran Donald Trump ini sedang dan sentiasa berlaku bagi mencari titik persamaan.

“Rundingan masih berjalan, belum muktamad” 

Beliau juga menekankan pentingnya saluran diplomasi dalam menangani isu-isu berkaitan perdagangan antara kedua-dua negara dan beliau optimis, isu ini dapat diselesaikan secara baik dengan kepentingan Malaysia sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel berkaitan : Malaysia Komited Terus Berunding dengan A.S. Walaupun Tarif 25% Dikenakan

Artikel berkaitan : Tengku Zafrul Kata Tak Mustahil iPhone Boleh Cecah Harga Kereta, Kongsi Kesan Kenaikan Tarif Trump

Pertemuan penting esok dijangka menjadi platform utama untuk mendapatkan penyelesaian terbaik bagi isu tarif ini. Pada Rabu, Trump mengumumkan tarif 25% ke atas barangan Malaysia mulai 1 Ogos, berikutan penangguhan 90 hari dalam pelaksanaan kadar awal 24%.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.