Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, memberi bayangan bahawa beliau akan terus memimpin parti tersebut untuk menyatakan kesediaannya untuk terus berkhidmat hingga penghujung usia.
Beliau turut berkata, keadaan kesihatannya masih baik dan tidak berhasrat untuk melepaskan amanah itu dalam masa terdekat ini.
Artikel berkaitan : Presiden PAS, Abdul Hadi Awang Dipanggil Polis Berhubung Kenyataan Hasutan
Artikel berkaitan : A“Duit baik bagi kepada pusat asuhan” – Abdul Hadi Sanggup Masuk Penjara Daripada Bayar Denda
“Saya kalau boleh, nak mati dalam bertugas. Saya sihat… alhamdulillah masih sihat.”
Beliau yang juga menyandang Ahli Parlimen Marang itu diramal akan mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan Muktamar Tahunan Pas Ke-71 yang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 16 September depan di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar.
Menurut sumber, muktamar kali ini akan menyaksikan pemilihan untuk beberapa jawatan utama termasuklah Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi yang telah memegang jawatan Presiden sejak tahun 2003 itu memaklumkan bahawa Perikatan Nasional (PN) bakal mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN bersama parti komponen yang lain.
“Ia bukan hak Pas sahaja… akan dibincangkan dengan parti-parti lain dalam PN.”
Muktamar Pas dijangka dapat menarik perhatian, khususnya dalam menentukan hala tuju kepimpinan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 PRU16 kelak, selain daripada strategi kerjasama dalam blok pembangkang.
Sumber : Sinar Harian