Baru-baru ini, kecoh diperkatakan di media sosial tentang sebuah ‘program motivasi wanita’ yang disyaki sebar ajaran sesat.
Pengarah, Erma Fatima telah tampil menjawab dakwaan seorang individu di platform media sosial Thread yang mengaitkan Erma dengan pakar motivasi wanita yang baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial kerana ‘program motivasi wanita’ yang dianjurkan itu disyaki sebar ajaran sesat.
Menurut laporan Harian Metro, Erma menafikan dakwaan individu tersebut kerana dia tidak pernah terbabit dengan pakar motivasi itu.
Menurut Erma, dia hanya mengenali wanita itu kerana kerjaya wanita itu sebagai pakar motivasi dan ketika mengenalinya, ada perancangan untuk buat program motivasi namun tidak berjaya dianjurkan kerana jadual padat.
Artikel Berkaitan: Lepas Minum Air Piya Terus Rasa ‘Emotional’? Hati-hati, Mungkin Terkandung Bahan Halusinogen!
Artikel Berkaitan: “Tarian b*gel & upacara syirik” – JAKIM Digesa Siasat ‘Program Motivasi Wanita’ Disyaki Sebar Ajaran Sesat
Selain daripada itu, Erma mengatakan dia tidak pernah mempunyai apa-apa urusan dengan pakar motivasi tersebut.
Suami dia pun saya tak kenal. Jangan fitnah,” katanya.
Tambah Erma lagi, orang ramai tidak sepatutnya sering mengaitkan dirinya dengan mana-mana ajaran sesat yang timbul di Malaysia hanya kerana dia sebelum ini pernah menerbitkan drama Bidaah yang berkait dengan ajaran sesat.
Sebelum ini, turut tular di media sosial foto Erma Fatima bersama seorang wanita yang dipercayai merupakan pakar motivasi tersebut.
Untuk pengetahuan semua, wanita berkenaan dan suaminya dikatakan telah menganjurkan program motivasi wanita yang disyaki menyebarkan fahaman sesat kepada peserta-peserta program tersebut.
Sumber: Harian Metro