“Saya nak tinggal dengan ‘mama”’ – Putri Qisya Pilih Tinggal Dengan Ibu Saudara Lepas Tragedi Sungai Korok

21 hours ago 8

Selepas kehilangan kedua ibu bapanya dan empat adik-beradik dalam tragedi di Sungai Korok baru-baru ini, Putri Qisya Nur Izzat, 12, memilih untuk tinggal bersama ibu saudaranya, Nur Adliah Syuhada Ishak.

Menurut Adliah, keputusan itu diserahkan sepenuhnya kepada Putri Qisya yang merasakan tinggal bersama ibu saudaranya adalah pilihan terbaik.

Tambahnya, ahli keluarga juga menyerahkan kepada Putri Qisya untuk tentukan sendiri tempat tinggal yang dia rasa paling selesa.

“Kita tanya Qisya sendiri dan dia pilih untuk tinggal dengan saya. Saya terima dengan hati terbuka sebab memang dari dulu dia rapat dengan saya dan panggil saya ‘mama’,” katanya.

Lebih menyentuh hati, arwah abang Adliah pernah berpesan supaya dia dan suami menjaga anak-anaknya jika sesuatu berlaku kepadanya.

“Anak-anak arwah memang selalu dengan saya. Jadi saya akan jaga Qisya sebaik mungkin. Tok umi (nenek sebelah ibu Qisya) pun dah mula berniaga balik. Nanti saya akan bawa Qisya jumpa keluarga sebelah sana juga.”

Artikel berkaitan: “Meniaga untuk teruskan kehidupan” – Netizen Sebak Lihat Video Mangsa Tragedi Sg Korok, Rupanya Peniaga Roti Canai

Artikel berkaitan: “Kes paling sayu & tragis” – Ahli Bomba Kongsi Detik Pilu Ketika Angkat Jasad Korban 6 Beranak Di Sungai Korok

952860ef 6aac 466a a898 8d1696369407 2048x1638 1Putri Qisya dan ibu saudaranya, Nur Adliah.

Menurut Adliah, Putri Qisya masih bercuti sekolah dan akan kembali ke Sekolah Kebangsaan Seberang Perak dalam masa terdekat.

Namun begitu, anak saudaranya itu dikatakan memang ada impian besar.

“Qisya cakap dia nak masuk MRSM sebab itu impian arwah umi dan walid dia. Dulu arwah kakak ipar selalu pesan suruh saya ingatkan bila permohonan MRSM buka.”

Lebih membanggakan, Qisya bercita-cita untuk menjadi juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) – satu impian yang diwarisi daripada ibu bapanya.

Walaupun masih dalam fasa pemulihan emosi, Qisya menunjukkan semangat luar biasa.

Adliah sendiri akui dia sentiasa menemani Qisya tidur dan ahli keluarga bergilir-gilir datang memberikan sokongan supaya dia tidak rasa keseorangan.

Menariknya, Qisya sangat manja dengan ‘mama’nya itu. Malah, dia sempat bergurau mengatakan wajahnya salin tak tumpah seperti arwah ibunya.

“Dia memang ‘fotostat’ muka arwah umi dia… macam kembar.”

Selain cemerlang dalam pelajaran, Qisya juga hebat dalam ilmu agama. Dia belajar mengaji al-Quran dengan arwah ayahnya dan sudah dua kali khatam al-Quran.

Untuk rekod, dalam tragedi menyayat hati yang berlaku Isnin lalu, ibu bapa Qisya – Mohamad Azim Izat Ishak dan Nurul Hidayah Khadijah – bersama empat adik-beradik lain ditemukan lemas di Sungai Korok. Mereka ialah Putra Rayyan, 9; Hawa Adriana, 8; Annayla Humaira, 7; dan Tuah Haydar yang baru berusia enam bulan.

Setakat ini, Putri Qisya menerima pelbagai bentuk bantuan daripada pelbagai pihak yang prihatin terhadap nasibnya.

Antaranya termasuk sumbangan wang tunai yang dihulurkan oleh orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil rakyat setempat bagi meringankan beban keluarga.

Selain itu, bantuan pendidikan turut disalurkan, termasuk keperluan peralatan sekolah serta yuran yang ditanggung sepenuhnya agar pembelajaran Qisya tidak terjejas.

Dari segi sokongan emosi pula, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama pihak sekolah menyediakan khidmat kaunseling untuk membantu Qisya pulih daripada trauma dan kehilangan yang dialaminya.

Kredit: Kosmo! Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |