Sebelum ini, tular satu video memaparkan kanak-kanak meminta sedekah dan memakai kostum katak di kawasan riadah. Perkara itu sudah pastinya sangat tidak patut dilakukan lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak.
Baru-baru ini, tular sebuah lagi video memaparkan kanak-kanak berada dalam kostum tersebut, video yang tular di Threads itu mengundang kemarahan netizen khususnya ibu bapa.
Artikel berkaitan: “JKM, PDRM mana?” -Tular Video Kanak-kanak Pakai Kostum Katak Usung ‘Tips Box’ Di Parkir Pasar Raya
Artikel berkaitan: Cari Rezeki Pelbagai Cara, Pakai Kostum Ultraman Main Violin Tarik Perhatian Pelancong
Dalam video itu kelihatan kanak-kanak tersebut meminta pertolongan orang sekitarnya untuk membawa air dari restoran segera.
Kanak-kanak itu kemudiannya cuba untuk membuka kostum itu tapi sedikit sukar, lalu seorang lelaki membantunya sebelum dia mengucapkan selamat tinggal dan beredar dari situ.
Video berkenaan mengundang kemarahan netizen yang merasakan kanak-kanak itu tidak sepatutnya ditugaskan membuat perkara sebegitu, ramai juga yang mempersoalkan di mana ibu bapa kanak-kanak itu.
Malah ada juga netizen yang menceritakan situasi hampir sama yang pernah dilaluinya.
Setakat artikel ini ditulis, belum ada kenyataan susulan berkenaan video yang tular itu, harapnya ada lah pihak berkenaan ambil tindakan ye…
Sumber: Threads