Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki tampil memberikan teguran makan dalam buat peminjam Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang enggan melunaskan bayaran. Jelasnya, teguran itu bukanlah satu bentuk kekerasan namun ia adalah satu tanggungjawab demi kelangsungan bantuan kepada generasi seterusnya.
Jelas beliau lagi tindakan mengeluaskan notis selepas 3 bulan gagal bayar semula adalah satu tindakan wajar dan berprinsip.
Artikel berkaitan : Noor Kumalasari Rindukan Anita Sarawak, Masak Lauk Kegemaran Sebagai Pengubat
Artikel berkaitan : Kereta Dihempap Motosikal, Netizen Puji Sikap Pemandu Kereta Tenang Tak Marah-marah
“Ada yang menghantar mesej mempersoalkan kenapa saya terlalu keras kepada penghutang MARA, tiga bulan tak bayar sudah dapat notis, katanya nak tolong Melayu. Maaf ya! Sebab nak tolong Melayulah hutang wajib dibayar. Ramai lagi anak bangsa yang perlu dibantu.”
Sebelum ini dalam satu kenyataan di media sosial daripada beliau mengingatkan kepada peminjam bahawa pembayaran semula pinjaman adalah asas kepada kelestarian dana MARA yang digunakan untuk membantu lebih ramai pelajar dan usahawan Bumiputera.
Beliau menegaskan bahawa sikap lewa terhadap tanggungjawab untuk membayar hutang, bukan sahaja boleh menjejaskan keupayaan MARA untuk beri bantuan, malah ia juga mencerminkan kegagalan dalam memelihara amanah.
Sebelum inim MARA memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk memudahkan semua peminjam untuk membuat bayaran termasuklah skim pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran yang telah diluluskan oleh Majlis MARA.
Sumber : Astro Awani