“Sebab saya tidak lagi berbasikal. Penunggang tetap salah.” – Ryzal Ibrahim Ulas Video Geng Basikal Bertengkar Dengan Pemandu Bas

6 hours ago 5

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sekumpulan penunggang basikal dan seorang pemandu bas bertengkar mulut di Jalan Bestari, Kuala Selangor.

Menerusi video tersebut, kumpulan penunggang basikal itu mendakwa bahawa pemandu bas terbabit bertindak agresif terhadap mereka.

Katanya, insiden bermula apabila kumpulan mereka sedang menunggang di lorong kiri sebelum sebuah bas menghampiri mereka secara berbahaya.

Salah seorang penunggang turut mendakwa selepas mereka dihimpit, pemandu bas terbabit dikatakan berhenti di tepi jalan dan keluar dari kenderaan sebelum cuba menendang salah seorang daripada mereka.

Artikel berkaitan: Netizen Kecam Tindakan ‘Cyclist’ Ketuk Kereta Sampai Kemek Sebab Tak Puas Hati Kena Hon

Artikel berkaitan: Guna Laluan Kereta Di ‘Highway’, Penunggang Basikal Dirempuh Dari Belakang

Video terbabit meraih pelbagai reaksi netizen, yang rata-ratanya menyalahi kumpulan basikal terbabit.

@spaceramenn

Replying to @a:xxa exactly true. Hence we always prioritize safety & always riding on the left lane. Here’s a full story from earlier morning.

♬ original sound – slmanfrish – slmanfrish

Elak bergaduh, Ryzal Ibrahim tidak lagi berbasikal

Insiden pertelingkahan itu juga turut mendapat respon daripada personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim yang mendakwa perkara sebegitu menyebabkan dia tidak lagi aktif dalam sukan berbasikal.

“Ini sebab saya tidak lagi berbasikal, untuk elakkan gaduh macam ni. Ryzal bagi balik basikal tu pada tuan badan, tak jadi beli.”

Menurut Ryzal, meskipun berbasikal di jalan raya bukan sesuatu yang dilarang, namun sikap segelintir pemandu yang tidak bertimbang rasa menjadikan aktiviti tersebut sangat berisiko.

“Malaysia ni jalan raya bukan untuk basikal, bukan kata tak boleh ride tapi pemandu jalan raya ni bukan semua ada consideration.”

Katanya, jika berlaku sesuatu perkara tidak diingini, mereka yang berbasikal tetap bersalah di sisi undang-undang.

“Kalau dia terlanggar atau saja langgar sekali pun, penunggang basikal tetap salah. Undang-undang akan berpihak pada pemandu.

“Kalau selalu ride mesti akan perasan billboard, ‘menunggang basikal di jalan raya berbahaya,” katanya.

Screenshot 2025 07 07 160910

Difahamkan, pertelingkahan itu berakhir apabila kebetulan ada pihak berkuasa melalui kawasan itu dan bergegas mengasingkan kedua-dua belah pihak.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |