Eksploitasi kegiatan pelacuran membimbangkan di Malaysia, baru-baru ini Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menyelamatkan beberapa mangsa dari kegiatan itu.
Antara pengakuan mangsa ketika operasi yang diadakan di Jalan Petaling semalam itu termasuklah dijual oleh teman lelaki selepas cinta mereka terkubur.
Artikel berkaitan: “Bayar hingga RM500” – Sindiket Eksploitasi Warga Emas Nak Kahwin Dengan Warga Asing Tumpas
Artikel berkaitan: “Dipercayai dic*bul” – Budak Hilang Di Pangsapuri Jadi Mangsa Culik, Nyaris Dijual Kepada Sindiket Pelacuran
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan Op Pantas (ATIP) kira-kira 1.15 tengah hari itu dijalankan hasil maklumat risikan, dengan siasatan awal menggunakan panduan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI 2.0).
Difahamkan, seramai 14 wanita warga asing berusia antara 18 hingga 36 tahun diselamatkan JIM dalam operasi tersebut.
“Mangsa membabitkan 10 wanita warga Bangladesh, tiga India dan seorang Indonesia.
Difahamkan, ada mangsa mendakwa ‘dijual’ oleh teman lelaki selepas berpisah sebelum dieksploitasi untuk kegiatan pelacuran di premis itu.
Ketika serbuan, terdapat beberapa pelanggan yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota operasi,” katanya.
Beliau berkongsi, premis berkenaan dipercayai beroperasi dari jam 10 pagi hingga 11 malam dan menerima pelanggan secara walk-in.
Tiga lelaki tempatan dipercayai penjaga premis ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Sumber: Harian Metro