Zaman sekarang ini, boleh dikatakan majoriti kanak-kanak sekolah akan menggunakan bekas minuman yang pelbagai jenis berbanding zaman kita dahulu yang hanya guna botol air mineral yang pernah kita beli.
Malah, dilihat bermacam-macam jenis rekaan bekas minuman berdaning dahulu, ada yag juga yang paki jenis kaca. Namun begitu, jenis kaca ini kalau boleh elakkan untuk dijadikan bekalan minuman buat kanak-kanak pra sekolah.
Artikel berkaitan : ”Pandai main” -umpulan Pelajar Pra Sekolah Main Caklempong Buat Orang Ramai Kagum
Artikel berkaitan : “Puasnya aku tengok” – Netizen Lega Tengok Cikgu Pra Sekolah Dibelasah Balik Oleh Bapa Lepas Tampar Anak Bertubi-tubi Depan Mata
Mungkin selama ini kita terlepas pandang, tetapi selepas cikgu pra-sekolah tunjukkan satu insiden cemas ini, pastinya ia akan membuka mata kita semua bahawa risiko buat anak kecil ini sangat tinggi.
Menerusi Thread, guru ini mengatakan lapisan kaca belah dalam botol dikatakan pecah, perkara itu mula disedari murid yang merupakan pemilik bekas minuman tersebut setelah melihat berlaku kebocoran pada botolnya dan mengadu pada guru ini, itu pun lepas dia dah minum seteguk.
Setelah dia membuang air dalam botol tersebut, guru ini terkejut apabila mendapati ada serpihan kaca di dalam botol tersebut. Memandangkan murid tersebut dah minum seteguk dari bekas itu, guru ini terus bergegas menelefon ibu bapa kepada murid itu untuk dibawa ke hospital pemeriksaan.
Difahamkan, murid tersebut kini berada di hospital dan disuruh oleh doktor untuk berpuasa. Menurut guru ini, kemungkinan bekas minuman itu ada terjatuh sebelum sesi kelas bermula.
Menjengah ke ruangan komen, ia mengundang rasa bimbang netizen dan guru ini anggap mungkin ia satu perkara yang tak boleh dijangka apabila ada netizen menyalahkan ibunya yang memebrikan bekas minuman kaca itu.
Harap lah murid tu baik-baik sahaja, rasa seriau bila bayangkan situasi tu.
Sumber : Thread