“Seronok mengutuk dan mengata orang macam ni?” – Jadi Bahan Kutukan ‘Berjemaah’, Uyaina ‘Sound’ Netizen

5 hours ago 6

Baru-baru ini, nama pengacara popular, Uyaina Arshad menjadi sebutan ramai selepas ada seorang netizen meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap personaliti tersebut di aplikasi Threads.

Menurut individu itu, dia kurang gemar dengan pengacara berkenaan dan jika dia melihat Uyaina muncul di kaca televisyen, dia tidak akan menonton rancangan yang dikendalikan personaliti tersebut tanpa memberi sebab yang kukuh.

komen kritik

Hantaran berkenaan telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang dilihat turut sama menghentam Uyaina.

Artikel berkaitan: “Saya cakap berdasarkan fakta” – Uyaina Arshad Tak Kisah Digelar “Terpaling” Lepas Bersuara Isu Pasal Abang Bas

Artikel berkaitan: Komen Tentang Kemerdekaan Malaysia, Uyaina Arshad ‘Sekolahkan’ Netizen Indonesia

“Sejak bila masyarakat kita seronok mengutuk dan mengata orang lain berjemaah macam ni?” 

Susulan itu, Uyaina yang sedar dirinya diperkatakan ramai tampil membuat kenyataan berhubung isu tersebut.

Menurut personaliti berkenaan, ia bukanlah kali pertama dia berhadapan dengan perkara sebegitu, namun kali ini dia amat terkejut melihat sikap netizen yang berani bercakap buruk mengenai orang lain secara beramai-ramai di media sosial.

Sejak bila masyarakat kita seronok mengutuk dan mengata orang berjemaah macam ni? Is this okay? Sikap macam ni diterima ke di zaman 2025 ni? 

“Saya faham, kita tak boleh nak buat semua orang suka kita. Dan kalau sepanjang 9 tahun saya mengacara atau berlakon, ada yang tak suka, itu hak masing-masing. Dan saya minta maaf. 

“Yang penting, saya jalankan tanggungjawab saya sebagai pengacara sebaiknya dan menghiburkan, menyampaikan ilmu, info, manfaat yang berguna kepada masyarakat juga sebaiknya,” katanya.

“Nasib baik saya ada support system yang kuat…” 

Tambah pengacara ini lagi, dia akan cuba memperbaiki diri akan kekurangan dirinya, namun dia tak boleh menerima sikap segelintir netizen yang personal attack dirinya serta perkara itu juga dianggap sebagai buli siber.

Nasib baik saya ni ada support system yang kuat, dan mental yang kuat jugak (sebab banyak tak ambil hirau), jadi saya tak terkesan sangat dengan kata-kata orang. 

“Tapi berapa ramai orang yang sorang-sorang? Dan kata-kata yang tajam ini akan buat mereka depression dan suicidal? Pernah terfikir tak? Come on guys. Be better than this. Do better than this,” tulisnya lagi.

SnapInsta.to 516856158 18527327365049205 7170981170825709561 n

Apa-apapun semoga Uyaina tabahlah menghadap segala kritikan yang diterimanya. Sebagai netizen, elakkanlah daripada mengutuk orang secara open di media sosial. Fikir dulu sebelum post. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |