“Siasatan belum selesai” – Keluarga Arwah Zara Qairina Terkejut, Dakwa Beberapa Pelajar Dalam Proses Pindah Sekolah

1 day ago 10

Kematian memilukan yang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dari sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh, Zara Qairina Mahathir terus mengundang persoalan dan tanda tanya netizen.

Hal ini berikutan tular perkongsian daripada waris keluarga yang dimuat naik di Facebook, mendedahkan kronologi lengkap tentang situasi sebenarnya berlaku terhadap remaja itu.

Dalam catatan panjang yang ditulis oleh Syira Leizel, pihak keluarga menyuarakan kekecewaan terhadap cara pihak berkaitan mengendalikan insiden yang disifatkannya tidak telus dan penuh keraguan.

Artikel berkaitan: “Dalam siasatan polis” – KPM Beri Kerjasama Penuh Kes Pelajar Tingkatan 1 M*ut Di Sekolah Dipercayai Jadi Mangsa Buli

Artikel berkaitan: “Tiada maaf bagi pembuli” – Kes Buli OKU Di GiatMara, Dr Asyrad Wajdi Bakal Ambil Tindakan Tegas

Menurutnya, perkongsian itu bukan menyalahkan mana-mana pihak, tetapi untuk memastikan kematian Zara tidak disenyapkan begitu sahaja.

522666867 3133444563480877 5372990766130802092 n

Korang boleh baca DI SINI kronologi kejadian pemergian Zara.

Siasatan belum selesai, beberapa pelajar dipindahkan?

Dalam perkongsian terbaharu, Syira menyatakan pihaknya terkejut apabila mengetahui beberapa pelajar yang dikaitkan dalam kejadian yang menimpa Zara sedang berpindah sekolah.

Hal itu mencetuskan persoalan pihak keluarga mangsa kerana siasatan mengenai kejadian tersebut belum selesai.

“Hari ini, kami dimaklumkan pula budak tomboi dan beberapa pelajar lain sedang dalam proses pindah sekolah. Siasatan belum selesa… keterangan semua belum diambil. Tapi mereka sedang dialihkan… keluar dari perhatian.”

Justeru, pihak keluarga mangsa menuntut penjelasan daripada pihak sekolah dan kementerian.

Screenshot 2025 07 25 130430

Fadhlina Sidek tampil respon

Susulan isu ini mendapat perhatian dalam kalangan netizen, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes terbabit, bagi memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara profesional, telus, menyeluruh dan berintegriti.

Tegasnya, Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sentiasa memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang berjalan.

“Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan. Tiada siapa yang akan dilindungi dan terlepas dari tindakan undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan berharap diberi kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian berat.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan kejadian seorang pelajar di Sabah yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah pada 17 Julai lalu.

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) dan dipercayai menjadi mangsa buli pelajar lain.

Semoga ada keadilan buat Zara Qairina.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |