4itali

Sekurang-kurangnya 45 orang dilaporkan cedera susulan satu insiden letupan besar di sebuah stesen minyak di timur ibu kota Itali, awal pagi Jumaat.

Menurut laporan Astro Awani, insiden berlaku di Via Gordiani, Prenestino, melibatkan letupan awal yang disusuli beberapa siri letupan lain tidak lama kemudian.

Screenshot 2025 07 05 at 1.50.14 PM

Antara yang terkesan dalam insiden ini termasuk 12 anggota polis, enam anggota bomba serta tiga petugas perubatan kecemasan yang ketika itu berada di lokasi untuk memberikan bantuan awal.

Laporan juga memaklumkan bahawa dua mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan alat sokongan hayat, manakala enam lagi dikategorikan sebagai kes kecemasan serius atau “kod merah” dalam sistem kesihatan Itali.

Siasatan awal oleh pasukan bomba menunjukkan kemungkinan letupan berpunca daripada pam bahan api yang tercabut dari sebuah lori tangki.

Namun begitu, siasatan menyeluruh masih diteruskan oleh pihak berkuasa bagi menentukan punca sebenar kejadian.

Baca: “Tong melambung akibat letupan” – Penduduk Panik, Kilang Dipercayai Tempat Simpan Minyak Terbakar

Screenshot 2025 07 05 at 1.49.47 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.