syaz ft 2025 07 25T135140.984

Februari lalu, Adibah Abdul Mutalib yang merupakan bekas isteri Rosland Othman, berjaya mendapatkan hak penjagaan kekal tiga anaknya, Adibah memfailkan tuntutan nafkah anak, nafkah iddah dan muta’ah terhadap Rosland di Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya selepas difailkan pada 25 Jun lalu.

Terbaru, bekas madu Adibah iaitu pelakon dan pempengaruh Miera Leyana akhirnya membuka mulut berkenaan isu perkahwinan suaminya itu.

Artikel berkaitan: Dapat Hak Penjagaan Penuh 3 Orang Anak, Peguam Dedah Kisah Bekas Madu Miera Leyana

Artikel berkaitan: “Adibah masih terkejut” –  Suami Miera Liyana Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu

Miera berkata, kes mahkamah yang berlarutan membabitkan suami dengan Adibah itu turut menjejaskan nama baiknya dalam bidang seni tanah air.

Menurut laporan Harian Metro, Miera yang sebelum ini pernah mendapat Anugerah Skrin pada tahun 2013 itu juga berkata reputasinya turut tercalar bila namanya turut dikaitkan dalam kes berkenaan.

“Saya pernah menang anugerah dalam industri seni tapi nama baik saya sekarang tercalar dengan isu peribadi sedemikian.

Saya juga sudah mula secara perlahan-lahan menjadi ‘influencer’ (pempengaruh) dengan beberapa jenama antarabangsa tetapi dengan kes mahkamah membabitkan suami yang masih belum selesai itu membuatkan kerja saya turut terganggu.

Kenyataan dia (Adibah) kepada pihak media juga boleh jejaskan nama baik saya dan keluarga. Berhentilah buka aib bekas suami dan ‘move on’ dengan kehidupan anda,” katanya.

Dia juga mengatakan mengenai tuntutan nafkah anak, nafkah iddah dan muta’ah yang difailkan Adibah pula, kata Miera, dia boleh tuntut nafkah dan semua yang difikirkan layak tapi biarlah pihak mahkamah yang putuskan kelak.

“Jangan guna nama saya untuk dapat publisiti sebab anda bukan artis pun. Bila anda buat kenyataan yang buka aib bekas suami kepada pihak media ia turut mengganggu emosi anak-anak anda sendiri,” katanya lagi.

Sebelum ini, Adibah mahu mempertahankan rumah tangga bersama Rosland biarpun perkahwinan didakwa dilanda badai sejak dua tahun lalu, apabila suaminya berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.